Kerajaan Kaji Publisiti Menyeluruh Pelaksanaan NKRA

Diterbitkan: Isnin, 4 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mengkaji strategi publisiti yang lebih berkesan untuk menggalakkan pelaksanaan inisiatif-inisiatif di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) khususnya pendidikan dan meningkatkan taraf kehidupan masyarakat miskin, persidangan Dewan Negara diberitahu pada Isnin.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon berkata publisiti yang tidak begitu meluas menerusi NKRA bagi pendidikan berbanding projek ekonomi menjadikan pelaksanaanya tidak mendapat perhatian menyeluruh khususnya di kalangan rakyat.

"Tidak dapat dinafikan publisiti yang tidak begitu fokus kalau berbanding projek ekonomi di mana angka berbilion-bilion yang memang menarik perhatian, tetapi di sebaliknya kita melaksanakan NKRA di bawah Program Transformasi Kerajaan (GTP), ia satu tranformasi menyeluruh dan melibatkan ramai penjawat awam yang kesemua kira-kira 400,000 orang," katanya ketika menjawab soalan Datuk Seri Mohd Affendi Norwawi pada persidangan Dewan Negara, Isnin.

Mohd Affendi ingin tahu keberkesanan pelaksanaan inisiatif-inisiatif NKRA berbanding pencapaian menggalakkan projek-projek di bawah 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA).

Koh berkata kerajaan telah melaksanakan setiap NKRA termasuk pendidikan dengan meningkatkan penyertaan kanak-kanak dalam pendidikan prasekolah, mewujudkan sistem penarafan di peringkat sekolah menengah dan rendah serta kit penambahbaikan sekolah.

"Sebagai contoh, NKRA infrastruktur asas luar bandar telah mencapai lebih daripada 100 peratus sasaran tahun lepas untuk pembinaan jalan, bekalan elektrik isirumah dan bekalan air isi rumah termasuk di di Sabah dan Sarawak," katanya.

Beliau berkata kejayaan pelaksanaan inisiatif-inisiatif di bawah keenam-enam NKRA telah memberikan kutipan hasil kepada kerajaan sekaligus mendatangkan impak dan manfaat positif kepada rakyat.

"Kerajaan yakin GTP dan program transformasi ekonomi (ETP) akan terus berhasil dari tahun ke tahun akan datang sekiranya kita dapat mengekalkan kestabilan dan keamanan tanpa faktor-faktor di luar jangka yang negatif," katanya.- BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan