Amah Indonesia Secara Terus: Ejen, Agensi Dicabar Tingkatkan Kualiti Perkhidmatan

Diterbitkan: Isnin, 4 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Langkah kerajaan membenarkan majikan di negara ini mengambil pembantu rumah Indonesia secara terus dapat meningkatkan mutu serta kualiti perkhidmatan ejen atau agensi berkaitan.

Pengarah Kajian Sosiologi Indonesia di negara ini / Pengarah Lembaga Pengkajian Masalah Sosial Pekerja Indonesia di Malaysia, Khairuddin Harahap berkata, keputusan itu menjadi cabaran kepada kepada agensi untuk meningkatkan mutu perkhidmatan mereka ekoran pasaran amah menjadi terbuka.

"Kalau agensi tidak memperbaiki mutu khidmatnya, kita bimbang majikan akan mengambil pembantu rumahnya sendiri tanpa melalui ejen atau agensi.

"Ini bermakna mereka tidak mempunyai bisnes lagi. Maka ini memberikan cabaran kepada agensi-agensi masing-masing (untuk meningkatkan mutu serta kualiti perkihdmatan)," katanya kepada mStar Online, Isnin.

Ahad lalu, Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam berkata, proses tersebut merupakan alternatif kerajaan Malaysia dan Indonesia dalam usaha meringankan beban majikan mendapatkan pembantu rumah dengan kadar yang lebih murah.

Bakal majikan perlu mematuhi prosedur baru yang ditetapkan tanpa perlu melalui khidmat ejen atau agensi berkaitan ini.

Perkara itu antara yang terkandung dalam memorandum persefahaman (MoU) Malaysia-Indonesia yang berlangsung pada Mei lalu berhubung penghantaran semula pembantu rumah ke negara ini.

Menurut Khairuddin, langkah kerajaan itu sebenarnya bukan perkara baru kerana ia adalah peraturan lama.

Bagaimanapun katanya, ia tidak dimasukkan dalam forum MoU sebelum ini.

Jelas beliau, apabila ia dipraktikkan, ini menjadikan pasaran kerja pembantu rumah warga negara jiran itu suatu pasaran terbuka yang mempunyai kebaikan dan keburukannya.

"Ada pro dan kontranya. Antara keburukannya, majikan Malaysia tidak tahu latar belakang amah tersebut. Kalau ambil dari agensi, pasti selamat kerana amah itu telah ditapis serta pernah menjalani latihan di Balai Latihan Kerja di Indonesia.

"Mereka telah diajar dengan adat resam rakyat Malaysia. Contohnya mereka dilatih bagaimana untuk menggosok baju serta mengendalikan mesin basuh," katanya.

Khairuddin menambah, sebanyak 70 peratus amah yang diambil daripada agensi adalah mahir tetapi kosnya mahal sedikit.

Katanya, masalahnya ialah majikan tidak faham kenapa kos amah dari agensi atau ejen mahal berikutan menerima latihan selama tiga bulan di pusat latihan kerja.

"Kalau dilatih oleh agensi Indonesia, amah tersebut adalah terlatih. Apakah gunanya amah yang digaji itu murah tetapi tidak tahu apa-apa," katanya.

Sehubungan itu, Khairuddin memberitahu, sekiranya ejen atau agensi pekerja asing dapat meningkatkan mutu khidmat mereka, maka majikan di negara ini akan terus mengguna pakai khidmat mereka.

"Kalau dilakukan secara baik, majikan akan dapat amah yang baik manakala agensi memperoleh harga yang berpatutan," katanya.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan