Ahli Parlimen Kapar Ditahan Kerana Hasut Orang Ramai Sertai Perhimpunan

Diterbitkan: Isnin, 4 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Anggota Parlimen Kapar, S. Manikavasagam ditahan polis Ahad kerana disyaki cuba mempromosikan perhimpunan haram 9 Julai ini di perkarangan Pasar Borong Meru, Klang.

Turut ditahan ialah setiausaha peribadi beliau P.M. Jayachandran sejurus selepas program promosi itu tamat pada pukul 12.45 tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Supritendan Mohamad Shukor Sulong, berkata Manikavasagam ditahan kerana cuba mempromosi dan menghasut orang ramai untuk menjayakan perhimpunan haram terbabit.

"Selepas kita membuat pemeriksaan terhadap kenderaan dinaikinya, kita turut menjumpai sembilan helai kemeja-T membabitkan perhimpunan itu dalam bonet belakang kenderaan," katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau berkata kedua-dua mereka telah di bawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara di Sungai Kapar Indah untuk diambil keterangan sebelum dibebaskan dengan jaminan polis lima jam kemudian. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan