Salang Ingatkan Guru Di Kawasan Luar Bandar Berikan Yang Terbaik

Diterbitkan: Ahad, 3 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PAKAN: Guru-guru yang bekhidmat di kawasan luar bandar diingatkan agar memberikan yang terbaik dalam menunaikan tanggungjawab mereka mendidik anak-anak di kawasan pedalaman.

Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Joseph Salang berkata mereka memikul tugas yang berat dalam memastikan kanak-kanak di kawasan luar bandar bukan hanya boleh membaca dan menulis tetapi boleh melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat tinggi.

Beliau berkata demikian malam Sabtu ketika menjadi tetamu kehormat pada "Gawai Ngiling Bidai" (perayaan menandakan penutup festival Gawai Dayak) di SK Ulu Mading, di sini.

Salang, yang dalam lawatan rutin ke kawasan Parlimennya, Julau, turut melawat sebuah sekolah lain dan rumah panjang untuk tujuan yang sama.

Mengenai hasrat Kementerian Pelajaran ingin mengurangkan separuh daripada tempoh 24 jam bekalan elektrik di semua sekolah luar bandar, Salang berkata beliau akan mengadakan perbincangan sekali lagi dengan kementerian terbabit mengenai perkara yang menimbulkan kebimbangan daripada ibu bapa dan guru itu.

Sementara itu, beliau menasihatkan pelajar dan ibu bapa agar tidak menjadikan kemiskinan sebagai alasan yang menghalang mereka mempunyai cita-cita yang tinggi.

"Kita mempunyai banyak biasiswa dan pinjaman yang disediakan kerajaan. Pelajar mesti mempunyai keyakinan penuh dalam diri mereka untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan