Kajian Untuk Bangun Bukit Bunga Sebagai Pusat Pertumbuhan Ekonomi Di Kelantan

Diterbitkan: Ahad, 3 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JELI: Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) akan mengkaji untuk membangunkan kawasan Bukit Bunga di sini sebagai pusat pertumbuhan ekonomi yang baru di Kelantan.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata kajian enam bulan itu melibatkan semua aspek seperti pembangunan infrastruktur di kawasan berkenaan yang kini terkenal di kalangan pelancong.

"Bukit Bunga mempunyai potensi yang sangat besar untuk dibangunkan dengan lebih pesat kerana terletak di kawasan sempadan dan lengkap dengan kemudahan imigresen dan kastam.

"Kajian ECERDC akan melihat bagaimana untuk membangunkan kawasan ini dan pada masa yang sama, ECERDC juga akan menjalankan kajian untuk membangunkan pusat industri ikan di Tok Bali," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program 'Empower Jeli' di Dewan Majlis Daerah Jeli, Ahad.

Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC, Datuk Jebasingam Issace John.

Empower Jeli merupakan program pembangunan modal insan yang diperkenalkan oleh ECERDC dan bertujuan untuk mempertingkatkan serta memperkasakan masyarakat seiring dengan matlamat 1Malaysia.

Program berkenaan terbahagi kepada dua komponen iaitu kelas tuisyen untuk 700 pelajar yang akan menduduki peperiksaan dan kelas kemahiran yang disertai 500 orang sejak diperkenalkan pada April lalu. Mustapa yang juga Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Kelantan berkata Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) telah membina 300 rumah bernilai RM40 juta untuk golongan miskin di Gua Musang dan projek hab halal di Pasir Mas yang melibatkan kos sebanyak RM35 juta. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan