Jauhi Politik Fraksi - Najib

Diterbitkan: Ahad, 3 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PEKAN: Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan para anggota parti supaya menjauhi politik fraksi atau berpecah-pecah kerana ia boleh menjejaskan prestasi parti terutamanya ketika menjelang pilihan raya umum akan datang.

Perdana Menteri berkata amalan yang bersifat jatuh-menjatuhkan sesama sendiri itu perlu dielakkan, sebaliknya meletakkan kepentingan parti terlebih dahulu, mengatasi kepentingan peribadi dan kepentingan tertentu.

"Politik fraksi semestinya menjejaskan prestasi sesebuah parti itu menjelang pilihan raya, bila sampai masa pilihan raya kita mesti meletakkan kepentingan parti mengatasi kepentingan yang lain," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Pekan di sini Ahad.

Najib berkata amalan negatif itu bukan saja berlaku dalam Umno dan parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain, tetapi juga dalam parti pembangkang di mana setiap kali adanya pemilihan parti, perkara itu sering kali akan timbul. "Ia bukan saja ada dalam Umno tapi termasuk juga pembangkang. Bila ada pemilihan secara terbuka dan ada perbezaan pendapat dalam parti politik yang amalkan kefahaman demokrasi, maka akan timbullah keadaan tertentu di mana pelbagai kumpulan yang bersikap demikian di peringkat akar umbi," katanya. Presiden Umno itu berkata setiap ahli parti perlu memberikan sokongan mereka kepada calon yang dipilih parti dengan mengetepikan sikap negatif mereka terhadap calon berkenaan, dan tidak mengambil kesempatan untuk menjatuhkannya.

"Kalau parti sudah pilih sesiapa jadi calon, semua orang mesti sokonglah walaupun kita mungkin tidak minat dia secara peribadi sebab dia merupakan calon yang telah dipilih oleh parti, jadi kalau ada sikap sedemikian dan kita dapat mengelakkan daripada perkara jatuh-menjatuhkan antara satu sama lain, maka kita akan berjaya dalam pilihan raya," katanya.

Terdahulu, semasa berucap, Najib berkata proses muhasabah dalam parti amat penting bagi memperbetulkan kesilapan yang berlaku pada pilihan raya umum lalu dapat diperbaiki untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 kelak.

Hasil muhasabah itu, katanya berupaya memberikan kekuatan dan keyakinan baru yang boleh meningkatkan prestasi pada pilihan raya umum akan datang.

"Kita mahu bangkit daripada mimpi ngeri pada 2008 (kekalahan beberapa negeri kepada pembangkang), kita bangkit semula dengan kekuatan yang kita sendiri tak terfikir boleh dicapai, maknanya kalau lakukan muhasabah diri dan bergerak dalam satu pasukan dan letakkan parti mengatasi segala-galanyanya maka parti kita akan berjaya," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan