Ronnie Liu Ditahan Kerana Hasut Dalam Ceramah

Diterbitkan: Sabtu, 2 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Anggota exco kerajaan Selangor, Ronnie Liu ditahan polis tengah malam Jumaat kerana didakwa menghasut orang ramai dalam satu ceramah di Hulu Selangor supaya menyertai perhimpunan haram pada 9 Julai ini.

Liu, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Pandamaran, ditahan oleh sepasukan anggota polis selepas meninggalkan sebuah majlis ceramah dan dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur pada kira-kira 12.30 tengah malam.

Beliau kemudian dibebaskan dengan jaminan polis kira-kira tiga jam kemudian selepas memberikan keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor, Kuala Kubu Baru.

Insiden penahanan Liu itu disahkan oleh Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah pada sidang media selepas mengadakan dialog dengan 150 pemimpin masyarakat berkaitan dengan isu kepolisan masyarakat di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Selangor, di sini, hari ini.

Beliau berkata, penahanan dan rakaman percakapan terhadap Liu itu dibuat mengikut Seksyen 27 (5) Akta Polis dan Seksyen 109 Kanun Keseksaan di mana kertas siasatan kes itu akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

Dalam pada itu, Tun Hisan turut berkata bahawa polis tidak melarang mana-mana pihak untuk memakai apa jenis pakaian berwarna termasuk warna kuning.

Bagaimanapun, katanya, polis melarang pemakaian pakaian yang menunjukkan lambang pertubuhan tidak berdaftar apatah lagi lambang pertubuhan yang mahu mengadakan perhimpunan haram yang melanggar peruntukan undang-undang negara ini.

"Kita benarkan orang nak pakai baju warna kuning ke, merah ke...tetapi kita hanya larang orang ramai ramai memakai pakaian yang tertera logo atau lambang pertubuhan tidak berdaftar yang jelas menyalahi undang-undang di bawah Seksyen 50(3) Akta Pertubuhan," kata Tun Hisan.

Pada masa yang sama, beliau turut mengingatkan orang ramai supaya tidak menyertai perhimpunan haram itu. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan