Permata Negara Tiada Agenda Politik - Rosmah

Diterbitkan: Sabtu, 2 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BACHOK: Program Permata Negara yang diperkenalkan kerajaan sama sekali tidak mempunyai agenda politik sebaliknya ia demi masa depan kanak-kanak itu yang masih muda dan perlu dibentuk dengan nilai-nilai mulia.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Penyelarasan Permata Negara, Datin Seri Rosmah Mansor berkata sebaliknya program Permata Negara itu membuka ruang yang luas kepada semua pihak tanpa mengira fahaman politik untuk berganding bahu dengan kerajaan dalam membantu mendidik kanak-kanak itu menjadi insan cemerlang pada masa depan.

"Perluasan program Permata ini berfokuskan kepada kanak-kanak tanpa mengambil kira fahaman politik kerajaan yang memerintah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Apa Khabar Anak Permata di Pusat Anak Permata Negara (PAPN), Bachok di sini, Sabtu.

Rosmah, yang juga isteri Perdana Menteri, kini berada di Kelantan mengiringi Datuk Seri Najib Tun Razak dalam rangka lawatan kerja sehari ke negeri ini. Beliau berkata Kelantan sememangnya diberi perhatian untuk mewujudkan lebih banyak pusat Permata itu yang kini telah mempunyai sebanyak enam buah pusat. "Kita mempunyai kekangan untuk memperolehi tapak yang sesuai khususnya di negeri-negeri yang bukan di bawah pimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN). Alhamdulillah di Kelantan masalah ini telah dapat diatasi dengan kerjasama dan sokongan daripada Kementerian Pelajaran," katanya.

Beliau berkata seperti di negeri-negeri lain, program Permata Negara di Kelantan telah diperluaskan ke empat buah Taska di bawah Jabatan Perpaduan, 15 buah Taska Kemas dan tujuh buah Taska Komuniti.

"Kebanyakan taska ini terletak di pedalaman bagi memberi peluang kepada anak-anak di luar bandar untuk mengikuti program Permata," katanya. Rosmah turut mengulangi beliau sama sekali tidak terlibat dalam merangka kurikulum pembelajaran program itu sebaliknya ia telah dirangka oleh para pakar yang bertauliah dengan mengambil kira sistem pendidikan luar negara yang terbaik dan boleh diterapkan di dalam negara.

Katanya program Permata Negara itu juga kini sudah menjadi sebutan masyarakat yang rata-rata mahu ia diperluaskan lagi. "Ini bergantung kepada bajet dan jika Menteri Kewangan dapat meluluskan bajet yang mencukupi, kita boleh memperluaskan program ini," katanya.

Beliau juga meminta ibu bapa pelajar di pusat Permata itu agar kerap melawat pusat berkenaan untuk melihat sendiri program yang disediakan kepada anak mereka.

"Ibu bapa ini bantulah para guru di pusat Permata agar dapat menjadikan program ini benar-benar berjaya bagi melahirkan insan terbaik kerana mereka ini adalah pewaris negara," katanya.

Beliau juga berkata anak-anak itu juga perlu dididik dengan nilai-nilai yang sebenar ketika di rumah agar mereka tidak terkeliru seperti mana yang diajar di pusat berkenaan.

Pada pertemuan itu, Rosmah turut bermesra dengan pelajar dan ibu bapa mereka dan turut mengadakan sesi dialog. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan