Penyokong Hindraf Berdemo Depan Pejabat PAS

Diterbitkan: Sabtu, 2 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kira-kira 30 pemuda, yang dipercayai penyokong pertubuhan haram, Barisan Bertindak Hak Hindu (Hindraf), mengadakan demonstrasi menentang perhimpunan haram pada 9 Julai ini di hadapan ibu pejabat PAS, di Jalan Raja Laut, di sini pada Sabtu.

Mereka dilihat berkumpul dan membuat kecoh di hadapan pejabat itu pada pukul 11.20 pagi dengan memegang sepanduk antaranya tertulis 'Datuk Ambiga Jangan Buat Kecoh Di Malaysia' dan 'Jangan Ikut Nik Aziz'.

Bagaimanapun, mereka dilihat melarikan diri dengan menaiki kereta 10 minit kemudian apabila beberapa anggota polis tiba di tempat kejadian. BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan