Pasukan Malaysia Tekad Teruskan Pelayaran Jika Kapten Kapal Setuju

Diterbitkan: Sabtu, 2 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pasukan Malaysia yang menyertai pelayaran misi kemanusiaan International Freedom Flotilla 2 akan meneruskan pelayaran mereka sekiranya kapten kapal bersetuju untuk belayar.

Setiausaha Life Line for Gaza (LL4G) Hishamuddin Hashim berkata sekiranya kapten kapal itu ditekan atau didakwa hingga tidak dapat meneruskan pelayaran, pasukan Malaysia akan mengadakan protes di kapal gabungan di Pelabuhan Corfu, Athens.

"Pasukan Malaysia akan mengadakan protes di Pelabuhan Corfu di kapal gabungan dan akan bergabung dengan rakan-rakan antarabangsa di Athens untuk menyertai rakyat Greece yang membantah pengumuman kerajaan Greece itu," katanya dalam satu kenyataan media di sini, Sabtu.

Pasukan Malaysia kini terpaksa berdepan dengan satu halangan terbaru apabila kerajaan Greece menghalang sebarang kapal Flotilla di pelabuhan mereka dari belayar ke Gaza dan akan mengambil tindakan termasuk kekerasan jika halangan itu dicabuli.

Sehubungan itu, Hishamuddin berkata satu memorandum bantahan akan dibuat oleh Pasukan Pengurusan Krisis LL4G Malaysia bersama-sama semua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pertubuhan politik di Kedutaan Greece di Kuala Lumpur pada 2 petang, Isnin ini.

"Kami menyeru semua rakyat Malaysia untuk turun bagi menunjukkan solidariti bersama seluruh masyarakat dunia mengutuk sekeras-kerasnya ke atas perluasan penjajahan blokade kerajaan rejim zionis Israel dari Gaza sehingga menuju Greece dan negara-negara lain," katanya.

Beliau berkata pihaknya juga meminta kerajaan Malaysia secara rasmi menghantar surat bantahan kepada Perdana Menteri Greece di Athens berhubung perkara berkenaan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan