Dr Jeyakumar Dan Lima Ahli PSM Ditahan Semula Di Bawah Ordinan Darurat

Diterbitkan: Sabtu, 2 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Anggota Parlimen Sungai Siput Dr D. Michael Jeyakumar dan lima ahli Parti Sosialis Malaysia (PSM) ditahan semula di bawah Seksyen 3(1) Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Pencegahan Jenayah) 1969, kata Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar.

Katanya mereka yang berumur 25 hingga 58 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kepala Batas, Pulau Pinang, pada pukul 1.20 tengah hari sebaik sahaja mereka dibebaskan selepas tempoh reman terhadap mereka berakhir Jumaat.

Keenam-enam mereka adalah sebahagian daripada 30 orang yang ditahan di Plaza Tol Sungai Dua, Kepala Batas, pada Sabtu lepas, ketika menaiki bas menuju ke Pulau Pinang.

Kumpulan itu ditahan mengikut Seksyen 122 Kanun Keseksaan atas dakwaan cuba melancarkan peperangan ke atas Yang di-Pertuan Agong.

Bercakap kepada pemberita di Bukit Aman di sini, Khalid berkata mengikut maklumat awal, mereka dikatakan terbabit dengan pihak dari luar negara dan telah diresapi anasir subversif.

Katanya mereka ditahan untuk membantu siasatan lanjut berhubung maklumat awal yang diterima oleh pihak polis.

Mengikut Seksyen 3 (1) Ordinan Darurat, polis boleh menahan suspek sehingga 60 hari tanpa perbicaraan.

"Pihak polis menahan mereka untuk mencegah dari berlakunya apa jua jenayah yang menjurus kepada keganasan atau kekerasan," katanya.

Khalid berkata polis akan memohon kepada mahkamah supaya baki 24 orang dari kumpulan tersebut disambung reman kerana terdapat sedikit lagi siasatan yang belum selesai.

Katanya jumlah keseluruhan tangkapan yang berkait dengan perhimpunan haram pada 9 Julai ini di seluruh negara berjumlah 150 orang.

Mengenai penahanan anggota exco kerajaan Selangor, Ronnie Liu, tengah malam tadi kerana didakwa menghasut orang ramai dalam satu ceramah di Hulu Selangor supaya menyertai perhimpunan haram itu, Khalid berkata apa jua tindakan dan aktiviti yang menjurus kepada hasutan supaya orang ramai menyertai perhimpunan haram adalah satu kesalahan.

"Jadi semalam dalam ucapannya dia telah menghasut orang supaya beramai-ramai hadir untuk satu perhimpunan yang haram tanpa permit jadi kita tahan dia untuk rakam percakapan dan kita telah bebaskan dia," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, katanya sehingga semalam, polis telah menerima sebanyak 2,389 laporan polis berhubung bantahan perhimpunan haram.

"Saya baru dimaklumkan beratus-ratus orang lagi sedang membuat laporan polis minta pihak kita (polis) mengambil tindakan yang sepatutnya untuk menghentikan perhimpunan itu," katanya.

Sementara itu, di BUTTERWORTH, Mahkamah Sesyen di sini Sabtu membenarkan tempoh tahanan reman terhadap 21 anggota PSM disambung sehingga Isnin ini.

Perintah mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah itu dikeluarkan oleh Hakim Amernudin Ahmad bagi membolehkan polis melakukan siasatan lanjut.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Ayub Yaakob berkata manakala dua lelaki yang masih di bawah umur dan seorang wanita yang sakit di bebaskan. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan