Bersih: Kerajaan Guna Kuasa Secara Berhemah - PM

Diterbitkan: Sabtu, 2 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MACHANG: Kerajaan akan menggunakan kuasanya secara berhemah dalam menangani isu perhimpunan haram bagi mengelak sebarang salah tafsir dan dipertikaikan kemudian nanti.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan tidak mahu ada pihak yang membuat tafsiran tidak tepat dan mempersoalkan kuasa yang digunakan kerajaan dalam mengambil tindakan ke atas mana-mana pihak.

"Sebab itu dalam menumpukan kepada keamanan dan ketenteraman awam, kita harus pastikan kuasa yang digunakan tidak menjadikan rakyat tidak faham kuasa yang digunakan oleh polis atau kerajaan," katanya pada sidang media di sini Sabtu.

"Saya sedar ada niat yang mahu menyalahkan polis untuk menggambarkan polis itu menggunakan kuasa, zalim dan keterlaluan dan nawaitu mereka itu mahu menggambarkan kerajaan sebagai autokratik dan tidak mengikut perubahan zaman," katanya.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam memberi amaran tegas kepada semua pihak yang berhasrat menganjurkan perhimpunan haram pada 9 Julai termasuk tidak menolak kemungkinan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Polis juga memberi nasihat kepada tiga pihak iaitu yang berhasrat mengadakan perhimpunan seumpamanya pada hari itu iaitu Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan Pergerakan Pemuda UMNO.

Najib menegaskan, dalam isu perhimpunan haram itu, kerajaan tidak menolak hasrat untuk mengadakan pilihan raya yang adil dan bersih, malah komited untuk memastikan pelaksanaannya.

Buktinya, kata Najib boleh dilihat pada keputusan pilihan raya lepas yang menyaksikan parti pembangkang mencipta kejayaan luar biasa sehingga menguasai lima negeri dan 82 kerusi Parlimen.

"Kalau kita boleh manipulasi (pilihan raya) perkara seperti ini tidak akan berlaku. Takkan kita hendak serahkan Kelantan pada PAS selama 21 tahun," katanya.

Terdahulu, Najib disambut kira-kira 15,000 rakyat sempena Majlis Perhimpunan Bersama Rakyat dan pasukan bola sepak Kelantan, The Red Warriors di padang Sekolah Rendah Machang 1 sempena lawatan seharinya di sini Sabtu. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan