Astro Tidak Dibenar Naikkan Tarif Perkhidmatan

Diterbitkan: Sabtu, 2 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kabinet pada Jumaat memutuskan stesen televisyen berbayar Astro tidak boleh menaikkan tarif perkhidmatan mereka selagi tidak mendapat kebenaran daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), agensi di bawah Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan.

Menteri berkenaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata Kabinet, yang membincangkan isu itu pada mesyuaratnya hari ini, berpendapat Astro tidak wajar menaikkan sebarang tarif berkaitan perkhidmatan mereka.

"Saya telah bersetuju untuk SKMM tidak membenarkan kenaikan sebarang tarif kecuali ia diluluskan mengikut kadar yang berpatutan dan mengikut lunas undang-undang," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pasca-kabinet di Angkasapuri.

Beliau berkata setakat ini, Astro didapati melanggar undang-undang sedia ada berdasarkan notis awal kenaikan yang diedar kepada pelanggannya.

"Notis yang dikeluarkan oleh Astro itu nampaknya mencanggahi undang-undang yang ada di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Oleh itu, saya telah mengarahkan SKMM untuk mengambil tindakan sewajarnya memberitahu Astro untuk tidak meneruskan kenaikan sehingga suatu masa yang lebih sesuai untuk dilaksanakan demikian," katanya.

Menjelaskan maksud 'tindakan sewajarnya', Rais berkata ia terpulang kepada SKMM untuk menentukan jenis tindakan, sama ada menjurus kepada kompaun atau denda dengan jumlah yang dibenarkan mengikut akta berkenaan.

Astro baru-baru ini mengumumkan akan melakukan pelarasan terhadap pakej yang ditawarkan berkuat kuasa 11 Julai ini, dengan harga langganan bergantung kepada pakej pilihan pelanggan.

Langkah itu menyebabkan sesetengah pelanggan mungkin mengalami kenaikan sekitar RM1 hingga RM15 sebulan, manakala yang lain menikmati penjimatan RM4 hingga RM14.95 sebulan.

Sementara itu, Astro telah mengeluarkan satu kenyataan ringkas melalui jurucakap mengulas kenyataan Rais berhubung perkara tersebut.

"Astro mengambil maklum kenyataan Menteri berkenaan memandangkan semakan kadar tersebut dilakukan melalui perundingan dengan SKMM mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta syarat-syarat lesen," kata jurucakap tersebut yang tidak mahu dinamakan. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan