Pakej Baru KTM Ke Singapura Selepas Penutupan Stesen Tanjong Pagar

Diterbitkan: Jumaat, 1 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Setelah Stesen Kereta Api Tanjong Pagar di Singapura ditutup buat selama-lamanya tengah malam tadi, Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) akan memperkenalkan pakej baru bagi menarik pelancong menggunakan perkhidmatannya ke republik itu.

Presiden KTMB Dr Aminuddin Adnan berkata antara pakej yang akan diadakan ialah seperti pakej melancong ke Universal Studio dan Pulau Sentosa.

Beliau berkata pakej itu bukan hanya bertujuan menarik pelancong Malaysia ke Singapura sahaja tetapi ia turut mampu menarik pelancong dari negara itu untuk membeli pakej-pakej menarik "Rail Tourism" yang mempromosikan Malaysia.

Aminuddin ditemui pemberita selepas tiba di Stesen JB Sentral di sini dengan menaiki tren terakhir dari Stesen Tanjong Pagar pada pada 12.18 tengah malam tadi.

Tren terakhir dengan 17 gerabak itu dipandu oleh Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Bermula Jumaat, perkhidmatan KTMB dari dan ke Singapura beroperasi dari stesen Woodlands di republik itu.- BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan