NGO Adakan Perhimpunan Di Jambatan Pulau Pinang Jika Perhimpunan Haram Diteruskan

Diterbitkan: Jumaat, 1 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGETOWN: Lebih sepuluh pertubuhan bukan kerajaan di Pulau Pinang merancang mengadakan perhimpunan di Jambatan Pulau Pinang pada 8 Julai ini jika perhimpunan haram yang dirancang pada 9 Julai diteruskan.

Yang Dipertua Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) Pulau Pinang Datuk Ahmad Saad berkata tindakan itu sebagai membantah perhimpunan haram berkenaan yang ternyata hanya akan menyusahkan semua pihak.

"Kalau mereka tidak membatalkan perhimpunan 9 Julai ini, kita akan mengadakan perhimpunan di Jambatan Pulau Pinang pada 8 Julai. Kita boleh buat.

"Biar siapa pun tak boleh masuk atau keluar (Pulau Pinang). Kita tengok siapa yang akan susah," katanya dalam sidang media di sini, Jumaat.

Beliau berkata ketika itu, semua pihak yang berhasrat menyertai perhimpunan haram akan tahu dan sedar bahawa tindakan mereka itu boleh menjejaskan semua pihak.

"Kami rayu Ambiga (Datuk Ambiga Sreenevasan) dan kumpulannya supaya membatalkan perhimpunan haram itu," katanya.

Ahmad berkata perhimpunan haram itu tidak perlu diadakan kerana terdapat pelbagai medium yang boleh digunakan oleh semua pihak untuk menyatakan ketidakpuasan hati mereka.

Beliau juga mendesak kerajaan menahan golongan yang merancang perhimpunan haram itu bagi mengelak daripada perhimpunan itu diteruskan.

Antara NGO yang hadir pada sidang media hari ini ialah Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Pertubuhan Suara Anak-anak Malaysia dan Persatuan Melayu Tanjong.- BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan