Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Bekalan Dan Harga Khamis Depan: Ismail Sabri

Diterbitkan: Jumaat, 1 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Jawatankuasa Kabinet Mengenai Bekalan dan Harga akan bermesyuarat Khamis depan, antara lain bagi membincangkan langkah menangani kenaikan harga barang yang dijangka berlaku pada musim perayaan nanti.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata satu kertas kerja khusus mengenai strategi menangani kenaikan harga barang semasa musim perayaan iaitu bermula daripada bulan puasa nanti akan dibincangkan dalam mesyuarat itu.

"Jadi kita tunggulah hasilnya," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan bernilai RM51,042.05 kepada Persatuan Anak-Anak Yatim Malaysia, iaitu persatuan yang menguruskan Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Hulu Langat yang terlibat dalam kejadian tanah runtuh Mei lalu.

Harga ayam dan barangan lain dikhuatiri akan meningkat menjelang bulan puasa bulan depan dan Aidilfitri nanti.

Mengenai pemasaran produk 1Malaysia yang sedang dalam rancangan untuk diperluaskan ke kedai-kedai runcit terutama di kawasan berpendapatan rendah di sekitar Lembah Klang, Ismail Sabri berkata kementerian masih dalam proses mendapatkan senarai kedai berkenaan.

Beliau berkata apabila senarai itu diperoleh, satu mesyuarat akan diadakan yang melibatkan peruncit-peruncit serta pihak pengurusan Kedai Rakyat 1Malaysia bagi membincangkan mengenai harga, terma pembelian dan isu-isu berbangkit.

Contohnya di sekitar Kuala Lumpur, mungkin produk tersebut dapat dijual pada harga yang sama kerana kos pengangkutan yang tak jauh berbeza, tapi di kawasan-kawasan terpencil di Selangor mungkin melibatkan sedikit kenaikan harga, katanya.

Produk 1Malaysia setakat ini hanya dijual di Kedai Rakyat 1Malaysia yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bulan lalu di Stesen LRT Kelana Jaya, di mana lebih 250 barangan keperluan harian dijual pada harga sehingga 60 peratus lebih murah.

Mengenai sumbangan itu, Ismail Sabri berkata ia merupakan sumbangan daripada kakitangan kementerian dan agensi di bawahnya di seluruh negara termasuk Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Maktab Kerjasama Malaysia, Bank Kerjasama Rakyat Malaysia, Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan Perbadanan Harta Intelek Malaysia.

Ia sebagai tanda prihatin dan simpati kepada nasib anak-anak yatim yang terlibat dalam kemalangan yang meragut nyawa 16 orang itu, katanya.- BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan