Bersih: Polis Tutup Pintu Rundingan

Diterbitkan: Jumaat, 1 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis dengan tegas menutup pintu rundingan dengan mana-mana penganjur perhimpunan haram pada 9 Julai ini selepas nasihat diberikan kepada pemimpin masing-masing sebelum ini sia-sia.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata mereka yang berkeras untuk meneruskan dan menyertai perhimpunan itu bakal dikenakan tindakan tegas termasuk Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

"Mereka tetap berdegil mahu meneruskan rancangan perhimpunan haram masing-masing.

"Jadi kita dah selesai berbincang dan tiba masa untuk bertindak mengikut undang-undang," katanya kepada pemberita di Bukit Aman dekat sini.

Khalid memberitahu, sebanyak 2,136 laporan polis telah dibuat oleh pelbagai pihak selain panggilan telefon yang tidak bersetuju dengan perhimpunan haram berkenaan.

"Ini menunjukkan orang ramai menentang perhimpunan haram tetapi penganjur tak peduli.

"Tiada sebab untuk mereka teruskan demonstrasi," ujarnya.

Sehingga kini katanya, sebanyak 115 orang ditahan ekoran perancangan mengadakan perarakan haram itu.

Pada Khamis, Pengerusi Bersih 2.0, Datuk S Ambiga, bemesyuarat dengan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dan meminta laluan supaya pihaknya dapat menyerahkan memorandum ke Istana Negara.

Pada mesyuarat itu, menurut Ambiga, Ismail melahirkan kebimbangannya jika perhimpunan aman itu diteruskan, walaupun diberi jaminan ia akan dijalankan secara aman.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan