1,500 Orang Sertai Demonstrasi Bantah Perhimpunan Haram

Diterbitkan: Jumaat, 1 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Kira-kira 1,500 orang terdiri daripada pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Jumaat mengadakan demonstrasi secara aman dengan berarak dari Masjid Melayu Lebuh Aceh ke Komplek Tun Abdul Razak (Komtar), di sini.

Perarakan sejauh kira-kira enam kilometer yang bermula 2.45 petang itu bagi membantah perhimpunan haram yang dijadualkan pada 9 Julai ini dan membantah pentadbiran Ketua Menteri Lim Guan Eng yang didakwa menyokong perhimpunan itu.

Antara NGO terlibat ialah Pertubuhan Suara Anak-anak Malaysia, Pertubuhan Insan Mulia dan Pribumi Perkasa Negara.

Sepanjang perarakan itu kumpulan berkenaan membawa sepanduk 'Jangan Berani Bangkitkan Komunis', 'Pulau Pinang Hak Kami' dan 'Guan Eng Dalang Perpecahan Melayu'.

Sejurus tiba di Komtar, mereka berarak mengelilingi bangunan itu dan setibanya di Jalan Penang pada kira-kira 3.10 petang, kumpulan itu bertindak nekad dengan duduk di atas jalan raya selama 10 minit.

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Mohamad Ezam Mohd Nor yang turut menyertai demonstrasi itu berkata Malaysia perlu dipertahankan daripada kumpulan yang ingin merosakkan keharmonian negara.

"Perhimpunan ini untuk memberi mesej jelas kepada pengkhianat-pengkhianat ini bahawa negara kita masih ramai anak-anak Melayu, Cina dan India yang akan mempertahankan maruah negara," katanya.

Demonstrasi itu menyebabkan kesesakan di sekitar Georgetown dan banyak premis di sekitar Komtar ditutup.

Sementara itu, selepas diarahkan bersurai pada kira-kira 3.25 petang, kira-kira 30 orang daripada kumpulan itu bergerak ke Jambatan Pulau Pinang bagi mengadakan demonstrasi di tengah-tengah jambatan.

Tindakan itu menyebabkan kesesakan selama lebih dua jam sepanjang kira-kira lapan km dari Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu, di bahagian Pulau ke pertengahan jambatan, menuju ke Seberang Perai.

Di TAWAU, empat pertubuhan, dua daripadanya Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) membuat laporan polis di sini bagi membantah rancangan kumpulan pengacau untuk mengadakan perhimpunan pada 9 Julai ini di Tawau.

Ketua Pemuda Umno Bahagian Kalabakan, Gasing Saling bersama wakil Kelab Sukan Komuniti Sebatik, Kelab Tinju Amatur Tawau dan Umno Cawangan Kampung Perdana, membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau pada 9 pagi tadi.

Pertubuhan berkenaan meminta pihak berkuasa supaya mengambil tindakan sewajarnya bagi menghalang rancangan perhimpunan haram yang dikatakan akan dibuat di kawasan Pasar Tanjung, Tamu Takada dan Pasar Sin On.

"Kita berharap orang ramai tidak mengambil bahagian dalam perhimpunan haram berkenaan kerana ia boleh menggugat keamanan dan keharmonian hidup rakyat pelbagai kaum di negara ini," katanya.

Gasing berkata beliau mendapat maklumat kononnya kira-kira 1,000 orang akan mengambil bahagian dalam perhimpunan berkenaan dengan 1,500 helai baju kuning telah dicetak untuk Sabah dan 200 helai daripadanya sudah dijual. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan