Wartawan The Star Antara Penerima Anugerah NPC-NAZA

Diterbitkan: Khamis, 30 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas editor Bernama, Musa Scully akan dianugerahi Anugerah Pencapaian Seumur Hidup Kelab Akhbar Kebangsaan (NPC)-TM manakala ahli akademik, penulis dan wartawan Adibah Amin akan menerima Anugerah Lagenda Media NPC-Ambank pada Malam Anugerah NPC-Naza yang akan diadakan pada 4 Julai.

Presiden NPC Datuk Ahirudin Attan dalam satu kenyataan berkata kedua-dua pemenang, masing-masing akan menerima RM10,000 dan plak.

Daripada segi pentingnya anugerah itu, beliau berkata: "Ketekunan media dalam membuat liputan peristiwa kritikal dan bersejarah di negara kita, dan melaporkannya, wajar diberi penghargaan".

Ahirudin juga berkata, NPC amat gembira dengan sokongan daripada para penaja baru dan berulang yang disifatkannya sebagai amat penting dalam menjayakan acara itu.

Penaja utama, Kumpulan Naza mendahului senarai penaja dengan Anugerah NPC-Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin 1Malaysia. Ini merupakan tahun kedua kumpulan itu menaja acara itu.

Ahirudin berkata, empat penaja iaitu Kumpulan AmBank, Celcom, Scomi dan TM turut sekali lagi bekerjasama dengan NPC manakala dua penaja baru bagi acara tahun ini ialah Sime Darby dan UEM Group Berhad.

Beliau menambah, pemenang hadiah utama, Anugerah NPC-Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin 1Malaysia dan pemenang bagi empat kategori yang dicalonkan akan diumumkan pada majlis itu nanti.

Acara itu diiktiraf oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang akan menyampaikan anugerah kepada semua pemenang.

Semua pemenang akan menerima tiket penerbangan sumbangan Malaysia Airlines, kata Ahirudin.

Beliau berkata, panel hakim yang memilih pemenang diketuai bekas Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Syed Ahmad Idid. Panel turut dianggotai beliau sendiri, penulis dan wartawan berpengalaman Halimah Mohd Said, penulis dan presiden Bloghouse Malaysia Syed Akhbar Ali dan perunding editorial Aishah Alia.

Berikut ialah calon bagi empat lagi anugerah:

* Wartawan Terbaik NPC-SCOMI (Pemenang akan menerima RM10,000 dan plak:

1. Karam Singh Walia (TV3)

2. Shahanaaz Habib (The Star)

3. Terence Fernandez (The Sun)

* Wartawan Muda Terbaik NPC-Celcom (Pemenang akan menerima RM5,000 dan plak):

1. Abdul Halim Hadi (Utusan Malaysia)

2. Alyaa Abdul Aziz Alhadjri (The Sun)

3. Hemananthani Sivanandam (The Sun)

4. Melissa Ong (NTV7)

5. Zulhelmi Zainal Azam (Astro Awani)

* Wartawan Online Terbaik NPC-UEM (Pemenang akan menerima RM3,000 dan plak):

1. Aidila Razak (Malaysiakini)

2. M. Krishnamoorthy (Malaysiakini)

3. Vincent Ong (TechDaily.com.my)

* Penulis Blog Terbaik NPC-Sime Darby (Pemenang akan menerima RM3,000 dan plak):

1. www.deminegara.blogspot.com

2. www.paultan.org

3. www.zorro-zorro-unmasked.blogspot.com

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan