Tian Chua Tidak Hilang Kelayakan - Pandikar

Diterbitkan: Khamis, 30 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: KUALA LUMPUR: Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia pada Khamis mengumumkan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua kekal sebagai Ahli Parlimen Batu.

Pandikar berkata, keputusan untuk mengekalkan status Tian Chua dibuat selepas mengambil kira alasan Hakim Mahkamah Tinggi bahawa kedudukan beliau tidak akan terlucut secara automatik kerana denda RM2,000 tidak menjadikan perayu hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen.

Berdasarkan alasan penghakiman itu, Pandikar berkata pemimpin PKR itu hanya akan hilang kelayakan jika didenda RM2,001 ke atas dan bukannya bermula daripada RM2,000.

Menurut beliau, hukuman denda tersebut tidak akan memberikan suatu implikasi kepada suatu pilihan raya kecil di kawasan Parlimen Batu.

"Maka niat ikhlas Hakim Mahkamah Tinggi supaya pilihan raya kecil tidak diadakan dizahirkan menerusi hukuman denda tersebut selain memberi amaran keras kepada perayu agar tidak mengulangi perbuatan sama pada masa hadapan," katanya pada sesi Sidang Dewan Rakyat, di sini.

Sehubungan itu, beliau berkata dengan mendukung prinsip Doctrine Separation of Powers maka Dewan Rakyat perlu berpegang dan berpandukan keputusan yang telah dibuat oleh pihak kehakiman yang mentafsir undang-undang dan mengenakan hukuman dalam negara ini.

Tian Chua didapati bersalah kerana mencederakan seorang anggota polis dalam satu protes berhampiran Bangunan Parlimen pada 2007 sehingga menyebabkan beliau dihukum penjara enam bulan dan denda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret pada Oktober 2009.

Bagaimanapun pada Jun tahun lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ghazali Cha yang menolak rayuan Tian Chua berhubung sabitan itu, meringankan hukumannya kepada penjara dua bulan dan denda RM2,000 bagi mengelak pilihan raya kecil diadakan.

Sementara itu, Tian Chua mengucapkan terima kasih kepada Pandikar kerana mengekalkan keputusan yang menyakinkan berhubung status beliau.

"Oleh itu, saya harap tiada lagi pertikaian daripada pelbagai pihak berhubung kedudukan saya. Saya akan terus fokus memberikan perkhidmatan terbaik sehingga akhir penggal sebagai Ahli Parlimen," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan