Sidang Dewan Rakyat Ditangguh, Lulus 17 Rang Undang-Undang

Diterbitkan: Khamis, 30 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Kedua, Penggal Keempat Parlimen Kedua Belas (2011) Dewan Rakyat ditangguhkan Khamis, selepas 12 hari bersidang.

Persidangan yang bermula 13 Jun lepas, menyaksikan 17 rang undang-undang diluluskan iaitu Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia 2010, Rang Undang-Undang (Larangan) Kumpulan Wang Kutu (Pindaan) 2011, Rang Undang-Undang Maktab Kerjasama (Perbadanan) (Pindaan) 2010 dan Rang Undang-Undang Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (Pemerbadanan)(Pindaan) 2011.

Turut diluluskan Rang Undang-Undang Penggalakan Pelaburan (Pindaan) 2011, Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2011) 2011, Rang Undang-Undang Institut Sukan Negara 2011, Rang Undang-Undang Saraan Hakim (Pindaan) 2011, Rang Undang-Undang Perihal Dagangan 2011 dan Rang Undang-Undang Petroleum (Cukai Pendapatan)(Pindaan) 2011.

Selain itu, Rang Undang-Undang Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 2011, Rang Undang-Undang Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2011, Rang Undang-Undang Akta Perkhidmatan Perniagaan Wang 2011, Rang Undang-Undang Organisasi Antarabangsa (Keistimewaan dan Kekebalan)(Pindaan) 2011, Rang Undang-Undang Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah (Pindaan) 2010 diluluskan.

Turut diluluskan Rang Undang-Undang Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (Pindaan) 2011 dan Rang Undang-Undang Majlis Perundingan Gaji Negara 2011.

Persidangan Dewan kemudian ditangguhkan kepada suatu tarikh yang belum ditetapkan. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan