Projek Lynas Selamat - Agensi Atom Antarabangsa

Diterbitkan: Khamis, 30 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) memutuskan bahawa kilang bumi nadir Lynas Corporation Ltd di Gebeng, Pahang, adalah selamat tetapi syarikat Australia itu perlu melaksanakan pelbagai langkah penambahbaikan di dalam pelbagai bidang sebelum ia boleh meneruskan operasi peringkat seterusnya.

Satu laporan yang dikeluarkan oleh pemantau nuklear itu hari ini menyatakan bahawa ia tidak menemui satu keadaan mengenai "sebarang ketidakpatuhan dengan standard keselamatan radiasi antarabangsa" di dalam projek itu.

Bagaimana pun, pasukan pengkaji IAEA mengenal pasti 10 isu yang disifatkannya perlu dilakukan penambahbaikan sebelum fasa pengeluaran lesen projek Lynas itu seterusnya.

Dalam satu kenyataan bersama, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata rumusan IAEA itu adalah tekal dengan pandangan Lembaga Pelesenan Tenaga Atom dan Jabatan Alam Sekitar Malaysia telah melaksanakan tanggung jawab masing-masing secara profesional dan memastikan bahawa Lynas mematuhi dengan standard keselamatan yang perlu.

Laporan itu menonjolkan bahawa undang-undang dan peraturan Malaysia berkaitan keselamatan radiasi adalah komprehensif dan selaras dengan standard IAEA.

Laporan 55 muka surat itu menonjolkan bahawa undang-undang dan peraturan Malaysia berkaitan keselamatan radiasi adalah komprehensif dan selaras dengan standard IAEA.

Kesemua 11 cadangan itu bertujuan menambah baik pengurusan fungsi kawal atur AELB dan agensi lain, yang meliputi aspek teknikal, komunikasi awam dan tindakan susulan. "Kerajaan menerima cadangan ini dan akan mengumumkan satu tempoh masa bagi pelaksanaannya," kata kenyataan itu.

Antara lain, laporan itu mencadangkan Lynas mengemukakan satu pelan pengurusan sisa jangka panjang sebelum ia memulakan operasi bagi mendapatkan kelulusan AELB, kerana pengurusan sisa akhirnya akan menjadi tanggunjg jawab syarikat itu.

Pelan itu perlu mempunyai kaitan dengan isu-isu yang timbul dari penyahtauliahan dan untuk merobohkan kilang itu pada akhir hayatnya dan cara pemulihan.

Projek itu mencadangkan selanjutnya bahawa satu dana yang akan dibiayai oleh Lynas, diwujudkan bagi meliputi kos pengurusan jangka panjang sisa, yang termasuk penyahtauliahan dan pemulihan.

Katanya AELB perlu diperkukuhkan agar ia mempunyai insan, kewangan dan sumber teknikal, kemahiran dan kebebasan yang mencukupi untuk melaksanakan tanggung jawabnya.

Laporan itu juga menekankan keperluan menambah baik pemahaman orang ramai yang diambil oleh AELB, terutama yang berkaitan dengan pemeriksaan dan penguatkuasaan kilang Lynas.

Dokumen itu juga menyatakan kemungkinan akan dilakukan misi susulan anjuran IAEA mengenai cadangan itu dalam tempoh satu atau dua tahun akan datang.

Kedua-dua menteri itu juga berkata kerajaan telah memutuskan bahawa masa depan projek Lynas akan diputuskan secara objektif berdasarkan fakta dan alasan bukan emosi atau politik.

"Sebelum kelulusan pelesenan lanjut dilakukan, kerajaan akan memastikan bahawa Lynas mematuhi sepenuhnya dengan cadangan itu."

"Sehingga ini dilakukan, status quonya kekal; tiada pengimportan bahan mentah akan dilakukan ke negara ini dan tiada aktiviti operasi akan dibenarkan di tapak itu," kata mereka.

Kerajaan mengulangi keputusannya bahawa keselamatan orang ramai terus menjadi keutamaannya dan berpandangan bahawa industri bumi nadir perlu diuruskan tetapi bukan dielakkan.

Galian bumi nadir digunakan di dalam pengeluaran banyak peralatan dan jentera moden sekarang ini dan ia penting bagi pengeluaran produk berteknologi tinggi dan teknologi hijau jenerasi akan datang.

"Isu utama ialah pengurusan teratur operasi sedemikian dan kerajaan kekal fokus sepenuhnya mendapatkan hak itu," kata kenyataan itu. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan