Pilihan Raya Umum Semakin Hampir

Diterbitkan: Khamis, 30 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Barisan Nasional (BN) sentiasa menyerahkan nasibnya kepada rakyat setiap kali ia berdepan dengan pembangkang semasa pilihan raya.

Perdana Menteri berkata BN percaya rakyat membuat keputusan bijak melalui proses pilihan raya bukannya melalui demonstrasi jalanan seperti perhimpunan haram yang dirancang 9 Julai depan.

"Bila sampai masanya (untuk mengadakan pilihan raya) BN sedia bersaing dengan pembangkang dan serah nasibnya kepada rakyat...bukan semasa demonstrasi jalanan," katanya kepada lebih 10,000 hadirin pada jamuan malam 1Malaysia di Padang Merdeka di sini malam Rabu.

Najib berkata BN tidak mahu menang pilihan raya secara penipuan sebaliknya sedia berdepan dengan apa jua cemuhan pembangkang semasa pilihan raya.

Katanya sekiranya pilihan raya diadakan secara tidak adil, mustahil BN kalah di beberapa buah negeri dan gagal mencapai kemenangan majoriti dua pertiga pada pilihan raya umum yang lepas.

Najib berkata beliau yakin rakyat di Sabah yang beliau sifatkan sebagai contoh terbaik konsep 1Malaysia akan membantah rancangan mengadakan perhimpunan haram yang mahu dianjurkan oleh pihak berkepentingan.

Katanya keharmonian kaum yang dinikmati oleh rakyat Malaysia terutama di Sabah tidak harus diambil ringan, kerana menurut Perdana Menteri, rancangan seperti mengadakan perhimpunan haram boleh membawa keburukan dengan sekelip mata kepada semua.

Najib juga yakin Sabah akan kekal di tangan BN menjelang pilihan raya akan datang.

Beliau berkata ini kerana kerajaan BN telah banyak membawa pembangunan dan perubahan yang ternyata memberi manfaat kepada rakyat di negeri ini.

Mengenai gagasan 1Malaysa, Perdana Menteri menekankan tentang perlunya mempunyai dasar-dasar dan sistem yang adil di bawah prinsip inklusif untuk semua kaum selain keadilan sosial di negara ini.

Sementara itu, Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Tan Sri Joseph Pairin Kitingan membayangkan kemungkinan pilihan raya umum diadakan lebih awal sekalipun Perdana Menteri tidak secara khusus memberi isyarat demikian semasa pertemuan dengan pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) Sabah.

"Saya rasa jangkaan rakyat (untuk pilihan raya awal) adalah tinggi," katanya kepada pemberita selepas pertemuan itu di sini. Pairin, yang juga Timbalan Ketua Menteri, berkata demikian ketika diminta mengulas mesej Datuk Seri Najib Tun Razak kepada para pemimpin BN negeri.

Ditanya sama ada lawatan ke Sabah ini yang terakhir buat Najib sebelum pilihan raya umum itu, beliau berkata: "Sebenarnya, Perdana Menteri telah mengemukakan soalan ini kepada dirinya sendiri...beliau kata mungkin ya atau mungkin tidak...tahun depan juga mungkin dan penghujung tahun ini masih juga mungkin".

Bagaimanapun, Pairin menjelaskan di bawah peruntukan undang-undang adalah menjadi prerogatif Perdana Menteri menentukan bila pilihan raya hendak diadakan.-BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan