Masyarakat Felda Tidak Perlu Bimbang - Ah​mad Maslan

Diterbitkan: Khamis, 30 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan menasihatkan peneroka Felda supaya tidak bimbang mengenai pinjaman bernilai RM6 bilon daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang dibangkitkan pembangkang di Dewan Rakyat.

Menurut beliau, KWSP telah meluluskan pinjaman RM6.5 bilion tetapi jumlah yang baru digunakan adalah sebanyak RM3.5 bilion bagi proses menanam semula kebun peneroka dan pembelian syarikat gula.

"Penanaman semula kebun peneroka menelan belanja sebanyak RM2 bilion manakala RM1.5 bilion untuk beli syarikat gula. Namun baki RM3 bilion lagi masih belum diputuskan sama ada akan terus diambil atau sebaliknya," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, Khamis.

Ahmad yang juga Ketua Penerangan Umno memberitahu keputusan untuk membuat pinjaman wang daripada KWSP dilakukan kerana pada waktu itu harga kelapa sawit tidak tinggi nilainya.

"Sekarang harga kelapa sawit dan getah tinggi. Jadi ada kemungkinan Felda akan mengkaji semula sama ada ingin meneruskan pinjaman baki RM3 bilion itu atau tidak," ujarnya.

Beliau berkata demikian bagi menjelaskan isu pinjaman yang dibangkitkan oleh pembangkang kononnya Felda mempunyai masalah kewangan dan berpotensi jatuh bankrap.

Jelasnya, perkara itu tidak perlu diperbesarkan kerana membuat pinjaman merupakan satu transaksi yang biasa dilakukan dalam setiap perniagaan.

"Ini adalah satu usaha perniagaan biasa. Malah KWSP dalam satu kenyataan menyatakan mereka yakin terhadap Felda kerana pelaburan yang menarik dan berisiko rendah itu dapat menyumbang ke arah pencapaian dividen yang baik kepada pencarum. Ia adalah strategi menang-menang antara Felda dan KWSP," katanya.

Ahmad berkata, Felda tidak mempunyai masalah dalam melunaskan pinjaman itu berdasarkan rekod baik terhadap bayaran balik pinjaman RM4.9 bilion daripada kerajaan, Bank Dunia, Bank Pembangunan Asia, Tabung Kuwait dan Arab Saudi pada era 80-an.

"Kita berjaya melunaskan pinjaman itu 14 tahun lebih awal berbanding tarikh sepatutnya pada 2013. Pinjaman sebanyak RM3.5 bilion itu pula perlu diselesaikan dalam masa 10 tahun. Kita akan lihat cara yang boleh diguna pakai untuk menyelesaikannya," ujarnya.

Sehubungan itu, beliau menolak dakwaan Felda mempunyai masalah kewangan memandangkan agensi kerajaan tersebut memiliki jumlah aset bernilai RM19.2 bilion dan keuntungan selepas cukai sebanyak RM1.2 bilion tahun lalu.

Katanya, golongan Felda tidak perlu khuatir kerana tiada jenayah yang akan dilakukan dengan pinjaman tersebut.

"Segala pertikaian antara peneroka dan Felda tidak boleh diheret ke mahkamah tapi perlu diadili mengikut kaedah timbang tara dan diputuskan menteri yang menjaga organisasi ini," jelasnya.

Beliau turut mendedahkan Felda memasuki pelaburan yang menguntungkan apabila menyenaraikan MSM Holding dua hari lepas yang memiliki 71 peratus ekuiti - 51 peratus oleh Felda Global Venture manakala 20 peratus lagi oleh Koperasi Pemodalan Felda (KPF).

"Dana terkumpul sebanyak RM1.1 bilion tunai dimiliki Felda daripada penyenaraian pada dua hari lepas. Ini bererti kita ambil langkah profesional dan menguntungkan," ujarnya.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan