Jabatan Bomba Serahkan Laporan Siasatan Insiden Botak Kepala Pelatih Wanita Pada Menteri

Diterbitkan: Khamis, 30 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Jabatan Bomba dan Penyelamat telah selesai menjalankan siasatan ke atas insiden 19 pelatih wanitanya yang dicukur botak ketika sedang menjalani latihan di akademi jabatan tersebut di Marang bulan lepas.

Ketua Pengarahnya, Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim berkata, laporan itu telah dikemukakan kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Chor Chee Heung.

“Kami telah memulakan siasatan dalaman sebaik sahaja insiden itu berlaku bulan lepas. Kita kini menyerahkan kepada pihak kementerian untuk membuat keputusan serta tindakan selanjutnya,” katanya ketika ditemui selepas majlis penyerahan peralatan memadam api kepada unit sukarelawan bomba oleh ahli parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir di Jerlun dekat sini, Khamis.

Pihak media telah melaporkan 19 pelatih wanit di akademi jabatan itu telah dicukur botak sepertimana rekrut lelaki sebaik sahaja mendaftar diri sebagai pelatih.

Salah seorang daripada mereka, Hizyaty Othman, 28, dari sini telah bertindak keluar dari latihan tersebut setelah kejadian itu berlaku.

Chor sebelum ini telah dilaporkan berkata bahawa beliau bersedia untuk bertemu dengan keluarga Hizyaty untuk berbincang mengenai insiden itu.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan