Bersih Tiada Unsur Komunis - Khalid Ibrahim

Diterbitkan: Khamis, 30 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Rabu menolak dakwaan wujudnya kumpulan pengacau yang cuba menghidupkan ideologi komunis pada Perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), 9 Julai ini.

“Tidak... tidak. Saya berpendapat Bersih terdiri daripada mereka yang memperjuangkan semangat demokrasi dan tidak mempunyai unsur komunis kerana komunis bukan demokrasi.

“Bila kita menguruskan beribu-ribu orang sudah tentu terdapat dua tiga orang yang tidak sealiran dengan kita,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Rabu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penglibatan Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang didakwa cuba menghidupkan idelogi komunis pada Perhimpunan Bersih, 9 Julai ini.

Baru-baru ini akhbar Utusan Malaysia menyiarkan laporan mengenai gerakan komunis yang didakwa meresapi Perhimpunan Bersih 2.0 sehingga boleh mengancam keselamatan negara.

Memetik sumber, laporan itu menyebut, gerakan tersebut diketuai PSM dikesan bersekongkol dengan Castillo, 59, dan Young Song yang menjadi ejen antarabangsa untuk menyebarkan propaganda jahat bagi menggulingkan kerajaan.

Sumber dalam laporan itu menyebut, Castillo mempunyai kaitan dengan Parti Komunis Filipina yang banyak membunuh rakyat negara itu melalui gerakan bersenjata manakala Young Song pula merupakan ahli pertubuhan 18 Mei di Korea dan hadir atas tajaan National Democratic Institute (NDI) yang berpangkalan di Amerika Syarikat.

Castillo dan Young Song ditahan bersama 29 ahli PSM di hadapan Kolej Matrikulasi di Ledang, Johor, Sabtu lalu.

Diminta mengulas mengenai penglibatan PSM yang cuba menghidupkan ideologi komunisma pada Perhimpunan Bersih, Abdul Khalid berkata: “Boleh jadi mereka (PSM) menyokong usaha Bersih tetapi bukan sebahagian daripada Bersih.

“Sama juga seperti Perkasa dia bukan sebahagian daripada Umno tetapi pada masa yang sama ada perkara yang diperjuangkan oleh mereka selari dengan Umno dan ada juga yang tidak,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Abdul Khalid mengakui kerajaan negeri turut terlibat dalam kempen Bersih untuk memberi penerangan kepada rakyat Selangor mengenai perhimpunan haram tersebut.

“Kerajaan negeri ada memberi peruntukkan kepada Bersih. Kita tidak beri peruntukkan kewangan tetapi memberi bantuan untuk mengedarkan risalah.

“Tujuan kita adalah untuk memberi penerangan kepada rakyat mengenai apa yang diperjuangkan oleh Bersih. Kita tidak membuat keputusan untuk Bersih itu yang paling penting, tetapi kita juga memberi peruntukkan (edar risalah) untuk mereka (Bersih),” katanya.

Sementara itu, Abdul Khalid turut menyelar tindakan polis Selangor yang didakwa menghalang kerajaan negeri daripada menjalankan program-program penerangan yang telah dirancang untuk kepentingan rakyat di negeri itu

“Saya difahamkan polis Selangor cuba menutup dewan-dewan kerana kerana mereka dikatakan berbincang tentang Bersih. Kerajaan negeri memandang berat perkara ini.

“Saya akan berjumpa dengan Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah supaya tidak menyekat program-program kerajaan,” katanya.

Beliau berkata pihak polis perlu memberi kebenaran kepada kerajaan negeri untuk mengadakan program kerana ia penting untuk kesejahteraan rakyat negeri itu.

“Program kerajaan negeri mesti dibenarkan dan pihak polis boleh turut serta mendengar ceramah-ceramah yang kita jalankan.

“Saya tidak menyekat usaha polis menjaga ketenteraman negeri dan negara kerana itu adalah tanggungjawab mereka namun janganlah menghalang kebebasan rakyat,” katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan