Amaran Keras KPN: Tindakan Tegas Akan Diambil; 101 Orang Telah Ditahan, 1,830 Laporan Dibuat Bantah Bersih

Diterbitkan: Khamis, 30 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, pihaknya akan menggunakan semua langkah pencegahan yang ada untuk memastikan perhimpunan haram Bersih 2.0 yang dijadualkan pada 9 Julai ini tidak akan berlangsung.

Ini kerana katanya, polis telah mengumpul maklumat yang menunjukkan bahawa terdapatnya elemen dalaman dan asing yang akan mencetuskan huru-hara sewaktu perhimpunan itu nanti.

Ismail untuk kesekian kalinya, sekali lagi mengingatkan semua pihak tidak kira dari sebelah mana sekali pun bahawa mereka tidak dibenarkan mengadakan perhimpunan pada 9 Julai ini sebagaimana yang dirancang.

Keutamaan polis adalah untuk memastikan keselamatan dan ketenteraman awam terjamin, katanya.

“Terdapat beberapa kumpulan sama ada secara terbuka atau secara rahsia merancang untuk mengumpulkan beribu orang semata-mata untuk mencipta huru-hara dengan cara menghasut orang ramai agar berkumpula pada 9 Julai nanti,” katanya pada satu sidang akhbar yang diadakan di Bukit Aman pada Rabu.

Katanya, setakat ini polis telah menahan 101 orang di seluruh negara kerana didapati cuba menghasut atau menyeru orang ramai agar menyertai perhimpunan yang dirancang itu.

Dari jumlah itu, katanya, 45 daripada mereka masih lagi ditahan untuk tujuan disoal siasat atau membantu siasatan berikutan terdapatnya 1,830 laporan buat yang dibuat oleh orang ramai di seluruh negara bagi membantah perhimpunan itu.

“Berdasarkan maklumat yang polis perolehi hasil daripada siasatan, jika perhimpunan itu dibiarkan untuk diteruskan ia boleh mencetuskan huru-hara, kerosakan kepada harta benda awam, kecederaan dan juga kebarangkalian akan berlaku kehilangan nyawa.

“Maklumat risikan yang polis perolehi menunjukkan bahawa terdapatnya usaha daripada pihak tertentu termasuk elemen-elemen asing yang mungkin mengambil peluang daripada perhimpunan tersebut untuk mengeksploitasikan keadaan,” katanya lagi.

Ismail menegaskan, sekiranya situasi ini tidak dibendung dari awal, ia akan mengancam keselamatan awam dan juga negara.

“Oleh yang demikian pihak polis tidak akan sama sekali membiarkan situasi ini berlaku dan tidak akan membiarkan mana-mana individu mahupun kumpulan mengambil kesempatan daripada situasi ini untuk mencetuskan kekacauan dan juga anarki di dalam negara.

“Maka polis akan mengambil tindakan yang tegas ke atas mana-mana pihak atau individu yang ingin meneruskan perhimpunan pada 9 Julai ini,” kata Ismail.

Ini termasuklah keatas mereka yang menghasut atau memakai kemeja atau menunjukkan apa juga bahan yang boleh ditafsirkan sebagai mengajak atau meminta orang ramai menghadiri perhimpunan haram itu.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan