Klip Video Terbaru Paparkan MP Sungai Petani Sedang Tonton Video Bersama Trio Datuk T Muncul Dalam 3 Blog

Diterbitkan: Rabu, 29 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Satu klip video yang dikaitkan dengan video kontroversi yang dikatakan melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim muncul di dalam beberapa laman blog pada Selasa.

Klip video terkini berdurasi 1 minit 59 saat itu dengan jelas sekali memaparkan wajah ahli parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul sedang menyaksikan klip video yang dikatakan Anwar itu bersama-sama trio Datuk T iaitu Datuk Shazryl Eskay Abdullah, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik and Datuk Shuaib Abdul Lazim.

Shuaib adalah bapa saudara kepada Johari. Klip video ini turut mengandungi rakaman audio yang dengan jelas memaparkan suara Johari sedang bercakap dengan trio Datuk T.

Di akhir durasi klip video terbaru ini, muncul wajah pemimpin yang dikatakan Anwar itu dari dekat yang para penonton dapat menyaksikannya dengan jelas.

Trio Datuk T itu sebelum ini mengakui bahawa mereka ada menjemput Johari untuk menonton sendiri video yang dikatakan mengandungi aksi ketua pembangkang itu di sebuah hotel di ibu kota.

Di dalam paparan klip video terbaru ini, ketiga-tiga mereka kelihatan sedang berjenaka dengan Johari kelihatan sedang ketawa dan memperkatakan sesuatu tentang adegan yang terdapat di dalam klip video yang sedang dia saksikan itu.

Di antara blog-blog yang menyiarkan paparan klip video terbaru ini ialah "pappagomo", "ruang bicara faisal" dan "Gerakan Anti PKR".

Juga dipaparkan di dalam klip video ini ialah Shazryl sedang menunjukkan seutas jam yang kelihatan seperti jam ‘Omega’ yang didakwanya kepunyaan Anwar kepada Johari. Shazryl, Shuaib dan Rahim telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret pada 24 Jun (Jumaat) lalu dan mengaku bersalah kerana menayangkan klip video lucah kepada khalayak ramai di Carcosa Seri Negara pada 21 Mac lalu.

Ketika ditemui di Lobi Parlimen pada Selasa Johari menolak dakwaan blog berkenaan bahawa beliau meminta sejumlah wang sebagai pengganti sekiranya dia membawa beberapa Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk menonton video berkenaan dan dapat memujuk mereka keluar daripada parti.

Beliau juga menegaskan bahawa Anwar tidak bersalah sekaligus menolak dakwaan dalam video klip tersebut yang mendakwa Johari mengaku Ketua Pembangkang itu merupakan individu dalam video klip berkenaan.

“Saya ada bukti saya tidak bersalah. Saya sekali lagi menegaskan bahawa individu dalam klip video tersebut bukan Anwar,” katanya.

Johari berkata beliau berasa sangsi apabila video tersebut direkodkan sebaik sahaja dia memasuki bilik tayangan video berkenaan.

Beliau juga tidak bercadang untuk mengambil tindakan terhadap blogger yang menyiarkan klip video berkenaan.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan