Pelaksanaan GTP Tingkatkan Ekonomi Negara, Pentadbiran Lebih Berfokus

Diterbitkan: Selasa, 28 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelaksanaan Program Transformasi Kerajaan (GTP) sejak Januari tahun lepas, telah mendatangkan impak dan manfaat positif kepada rakyat serta berjaya meningkatkan ekonomi negara dan pentadbiran yang lebih berfokus.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon berkata penggubalan dan pelaksanaan pelbagai strategi dan program kerajaan juga menghasilkan beberapa inovasi dan pembaharuan serta memupuk budaya kerja yang baru dan lebih positif di kalangan penjawat awam.

"Sebagai contoh, Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) infrastruktur asas luar bandar telah mencapai lebih daripada 100 peratus sasaran tahun lepas untuk pembinaan jalan, bekalan elektrik isirumah dan bekalan air isirumah," katanya semasa menjawab soalan Datuk Lilah Yasin (BN-Jempol) yang ingin tahu mengenai pencapaian GTP, pada persidangan Dewan Rakyat di sini Selasa.

Koh berkata sasaran 72 peratus enrolmen kanak-kanak dalam pendidikan pra-sekolah juga telah tercapai dengan pengwujudan lebih 1,800 kelas pra-sekolah yang baru untuk 55,000 kanak-kanak.

"Prestasi kadar pelajar sekolah rendah yang mancapai masing-masing tahap kefahaman asas mengenai prinsip matematik dan boleh membaca dan menulis ialah 101 peratus dan 94 peratus, skor komposit pula ialah 99 peratus dengan menggunakan hanya 48 peratus daripada peruntukan sebanyak RM245 juta," katanya.

Koh berkata persepsi rakyat terhadap prestasi polis juga meningkat kepada 58 peratus berbanding sasaran 36 peratus manakala perasaan takut terhadap jenayah menurun kepada 53 peratus berbanding dengan sasaran 59 peratus.

Kadar jenayah dapat dikurangkan sebanyak 15 peratus bagi jenayah indeks dan 35 peratus bagi jenayah jalanan, jauh melebihi sasaran lima peratus dan 15 peratus masing-masing.

"Ini adalah hasil daripada penempatan semula hampir 30,000 anggota polis dan mobilisasi Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) dan Skim Rondaan Sukarela di bawah Rukun Tetangga tanpa melibatkan pengambilan baru secara besar-besaran," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan