Nurul Izzah, Tiga Peguam Dipanggil Beri Keterangan

Diterbitkan: Selasa, 28 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan tiga peguam dipanggil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada Selasa berkaitan dengan perhimpunan haram yang dirancang 9 Julai.

Nurul Izzah yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) hadir bersama peguam-peguam R Sivarasa, N Surendran dan Fadiah Najwa Fikri di IPD itu pada kira-kira pukul 2.40 petang sebelum memberi keterangan selama satu jam.

Kesemua mereka diambil keterangan di bawah Seksyen 27(5) Akta Polis dan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.

Fadiah Najwa turut memberi keterangan tambahan di bawah Akta Hasutan berhubung tindakan beliau yang menemani penganjur perhimpunan itu, Datuk Ambiga Sreenevasan pada 20 Jun lepas di Balai Polis Travers, Bangsar berkaitan SMS ugutan bunuh yang diterima Ambiga.

Di PUTRAJAYA, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar memberi amaran kepada pihak-pihak tertentu jangan sekali-kali membuat kenyataan melampau dan sengaja untuk memudaratkan ketenteraman awam.

Amaran itu disuarakan beliau ekoran kenyataan dibuat Ketua Angkatan Muda Keadilan Shamsul Iskandar Mohd Akin kononnya jika kerajaan tidak dapat dijatuhkan melalui pilihan raya, akan digulingkan melalui perhimpunan.

"Saya dimaklumkan oleh wartawan Bernama yang menyatakan Ketua AMK itu mengeluarkan kenyataan tersebut. Ia kenyataan yang serius dan melampau.

"Jangan cuba 'menangguk di air keruh'...kalau betul dia cakaplah," katanya kepada pemberita.

Ditanya apakah tindakan selanjutnya Abu Bakar berkata: "Jika benar kenyataan itu dikeluarkan dia akan dipanggil untuk mendapatkan laporan lanjut". - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan