Klip Video Terbaru Paparkan MP Sungai Petani Sedang Tonton Video Bersama Trio Datuk T Muncul Dalam 3 Blog

Diterbitkan: Selasa, 28 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Satu klip video yang dikaitkan dengan video kontroversi yang dikatakan melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim muncul di dalam beberapa laman blog pada Selasa.

Klip video terkini berdurasi 1 minit 59 saat itu dengan jelas sekali memaparkan wajah ahli parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul sedang menyaksikan klip video yang dikatakan Anwar itu bersama-sama trio Datuk T iaitu Datuk Shazryl Eskay Abdullah, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik and Datuk Shuaib Abdul Lazim.

Shuaib adalah bapa saudara kepada Johari.

Klip video ini turut mengandungi rakaman audio yang dengan jelas memaparkan suara Johari sedang bercakap dengan trio Datuk T.

Di akhir durasi klip video terbaru ini, muncul wajah pemimpin yang dikatakan Anwar itu dari dekat yang para penonton dapat menyaksikannya dengan jelas.

Trio Datuk T itu sebelum ini mengakui bahawa mereka ada menjemput Johari untuk menonton sendiri video yang dikatakan mengandungi aksi ketua pembangkang itu di sebuah hotel di ibu kota.

Di dalam paparan klip video terbaru ini, ketiga-tiga mereka kelihatan sedang berjenaka dengan Johari kelihatan sedang ketawa dan memperkatakan sesuatu tentang adegan yang terdapat di dalam klip video yang sedang dia saksikan itu. Di antara blog-blog yang menyiarkan paparan klip video terbaru ini ialah "pappagomo", "ruang bicara faisal" dan "Gerakan Anti PKR".

Juga dipaparkan di dalam klip video ini ialah Shazryl sedang menunjukkan seutas jam yang kelihatan seperti jam ‘Omega’ yang didakwanya kepunyaan Anwar kepada Johari.

Shazryl, Shuaib dan Rahim telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret pada 24 Jun (Jumaat) lalu dan mengaku bersalah kerana menayangkan klip video lucah kepada khalayak ramai di Carcosa Seri Negara pada 21 Mac lalu.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan