Huazong Minta Semua Pihak Batal Perhimpunan 9 Julai

Diterbitkan: Selasa, 28 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia atau lebih dikenali sebagai Huazong meminta semua pihak yang bercadang untuk mengadakan perhimpunan haram pada 9 Julai ini membatalkan hasrat mereka.

President Huazong, Tan Sri Pheng Yin Huah berkata, pihak yang terlibat dalam penganjuran perhimpunan haram seharusnya membatalkan perhimpunan mereka pada hari itu bagi menggelakkan pihak yang tidak diingini mengambil kesempatan bagi mengganggu ketenteraman masyarakat.

"Walaupun perlembangan memberikan hak kepada rakyat untuk mengadakan perhimpunan, kita tidak mahu perhimpunan haram seperti ini menjadi satu medan konfrontasi sehingga mungkin mencetuskan perkara-perkara yang tidak diingini.

"Pihak yang membuat perhimpunan haram ini perlu membuat pertimbangan untuk menggunakan cara aman yang lain untuk mengemukakan permintaan atau pendapat mereka. Ini seperti mengadakan perjumpaan dalam stadium berbanding perhimpunan haram atau demonstrasi di jalan raya," katanya kepada Bernama di sini, Selasa.

Beliau berkata, Huazong, yang juga merupakan badan induk kepada lebih 3,000 pertubuhan dan persatuan Cina di seluruh Malaysia bimbang sekiranya perhimpunan haram yang dicadangkan oleh tiga pihak ini diteruskan pada 9 Julai ini, ia akan menjejaskan urusan perniagaan harian serta mungkin menimbulkan suasana kacau bilau.

Pheng juga berkata, sekiranya suasana kacau bilau berlaku, ia bakal menjejaskan keyakinan pelabur asing dan sektor pelancongan negara.

"Mereka ini boleh membentangkan apa juga memorandum tanpa perlu mengadakan perhimpunan haram. Ia akan membawa kesan yang sama," tambahnya.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan