GST Sumber Pendapatan Bagi Kerajaan - Najib

Diterbitkan: Selasa, 28 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) adalah sumber pendapatan bagi kerajaan dalam mengimbangi perbelanjaan dan pendapatan cukainya, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Semasa sesi Soal dan Jawab dengan peserta daripada Golongan Muda Korporat Malaysia, di sini, hari ini, Najib ditanya sama terdapat kemungkinan untuk mengurangkan cukai bagi kereta diimport.

"Kita tidak ada banyak pilihan berkaitan dengan ini. Kita tidak boleh menaikkan pendapatan atau cukai korporat atau malahan menaikkan harga RON 95 dan kerajaan perlu mencari pendapatan," kata Perdana Menteri.

Oleh itu GST adalah jawapannya, kata beliau.

Beliau juga berkata, kadar inflasi negara masih terkawal dengan subsidi RON 95 serta barangan disubsidi lain.

Inflasi telah menjadi fenomena global. Bagaimanapun, jika anda lihat negara-negara lain yang harga petrol dan barangan keperluan lainnya tinggi, kita masih kompetitif," kata beliau.

Najib berkata penting agar upah kompetitif dan sejajar dengan tahap produktiviti dan inovasi. Beliau berkata kepakaran tenaga kerja Malaysia tidak harus dinilaikan rendah.

"Sesetengah daripada profesional ini perlu bekerja bagi masa yang panjang tetapi tidak mendapat banyak seperti yang seharusnya mereka dapat," kata beliau.

Untuk beralih kepada ekonomi berpendapatan tinggi dan mencapai sasarannya, beliau berkata Malaysia perlu mencapai pertumbuhan ekonomi enam peratus setahun, tambah beliau. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan