Tiada Manipulasi Dalam Proses Undian Pos - Nazri Aziz - Berita Semasa | mStar

Tiada Manipulasi Dalam Proses Undian Pos - Nazri Aziz

Diterbitkan: Isnin, 27 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dakwaan pihak pembangkang bahawa wujudnya manipulasi dalam proses undian pos adalah tidak benar sama sekali terutamanya berdasarkan keputusan pilihan raya umum 1999 dan 2008.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz memberitahu persidang Dewan Rakyat hari ini bahawa pada pilihan raya umum 1999 dan 2008, kebanyakkan undi pos memihak kepada pembangkang.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan Dr Mujahid Yusof Rawa (PAS-Parit Buntar) yang ingin tahu mengenai statistik pengundi tentera yang bersara bertukar kepada pengundi awam.

Nazri berkata seramai 3,894 anggota tentera yang bersara telah memohon semula mendaftar sebagai pengundi awam sepanjang tahun 2010.

Beliau juga berkata anggota tentera perlu memohon mendaftar semula sebagai pengundi biasa setelah bersara dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada masa yang sama akan memotong nama mereka daripada daftar pemilih pengundi tidak hadir. - BERNAMA

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan