Sebanyak 1,374 Kes Ah Long Direkodkan Sejak 2005

Diterbitkan: Isnin, 27 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebanyak 1,374 kes berhubung salah laku pemberi pinjam wang atau Ah Long telah direkodkan di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sejak awal tahun 2005 sehingga Mei tahun ini.

Timbalan menteri berkenaan Datuk Seri Lajim Ukin berkata daripada jumlah tersebut, sebanyak 739 kes telah didakwa, 25 orang telah dibicarakan di mahkamah manakala enam orang telah disabitkan kesalahan.

"Kesemua mereka ini telah pun diambil tindakan...kementerian dengan agensi-agensi terlibat akan terus bertindak apabila kita terima aduan dari peminjam dan orang ramai," katanya menjawab soalan Datuk Abdul Manan Ismail (BN-Paya Besar) pada Persidangan Dewan Rakyat, Isnin.

Abdul Manan ingin tahu mengenai pengawasan pihak berkuasa terhadap aktiviti salah laku pemberi pinjam wang atau Ah Long yang masih berleluasa di bandar.

Lajim berkata hukuman denda juga telah dipertingkatkan dari minimum RM20,000 kepada RM250,000 dan maksimum RM100,000 kepada RM1,000,000 bagi mempertingkatkan lagi keberkesanan penguatkuasaan.

"Kementerian juga melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengambil tindakan dengan membatalkan talian telefon yang tertera pada iklan-iklan haram yang ditampal di tepi jalan dan harta awam," katanya.

Beliau berkata pemantauan dan pemeriksaan ke atas premis Pemberi Pinjam Wang Berlesen juga giat dijalankan di mana pihak kementerian dapat mengenal pasti kesalahan yang cenderung dilakukan oleh pemegang lesen seterusnya dapat mengekang pelanggaran ke atas peruntukan Akta Pemberi Pinjam Wang 1951.

"Kementerian juga menyeru orang ramai sekiranya ada peminjam-peminjam tidak berlesen, perlu dimaklumkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan