Rayuan Azilah Dan Sirul Ditetapkan Selepas Alasan Penghakiman Diterima

Diterbitkan: Isnin, 27 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Rayuan akan menetapkan tarikh perbicaraan kes Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar apabila Alasan Penghakiman Hakim Mahkamah Tinggi diterima, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Beliau berkata Alasan Penghakiman belum difailkan kerana ia masih dalam proses persiapan dan melibatkan jumlah nota keterangan yang besar dan eksibit yang banyak.

"Bagi kes ini, Rekod Rayuan sebanyak lebih 50 jilid telah difailkan di Mahkamah Rayuan pada 12 Mei 2010 yang melibatkan nota keterangan sebanyak lebih 4,000 muka surat.

"Memandangkan alasan penghakiman tiada, Rekod Rayuan tersebut adalah tidak lengkap. Justeru, tarikh perbicaraan di Mahkamah Rayuan belum dapat ditetapkan," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) di Dewan Rakyat Isnin.

Karpal ingin tahu sebab kelewatan pendengaran rayuan itu, setelah Sirul Azhar dan Azilah dijatuhi hukuman gantung sampai mati selepas didapati bersalah membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibu, 28.

Pada 9 April 2009, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zaki Md Yasin menjatuhkan hukuman tersebut ke atas kedua-dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK) itu.

Kesalahan itu dilakukan di antara Lot 12843 dan Lot 16735 Mukim Bukit Raja dekat sini antara pukul 10 malam, 19 Oktober dan 1 pagi, 20 Oktober 2006.

Azilah dan Sirul Azhar masing-masing memfailkan notis rayuan ke atas sabitan dan hukuman itu pada 10 dan 13 April 2009. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan