Perkasa Sedia Hentikan Rancangan Perhimpunan Pada 9 Julai - Ibrahim

Diterbitkan: Isnin, 27 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) bersedia membatalkan rancangannya mengadakan perhimpunan pada 9 Julai ini sekiranya penganjur perhimpunan haram turut melakukan perkara sama pada hari berkenaan.

Bagaimanapun, Presidennya Datuk Ibrahim Ali berkata Perkasa tidak akan menghalang anggotanya mengadakan perhimpunan pada hari berkenaan jika perhimpunan haram itu tetap diadakan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas memberi keterangan kepada polis mengenai perhimpunan Perkasa di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini, tengah hari Isnin.

Beliau tiba di IPD Dang Wangi pada 12 tengah hari bersama beberapa anggota Perkasa dan memberi keterangan kepada polis selama kira-kira dua jam.

Ibrahim menjelaskan bahawa Perkasa mahu mengadakan perhimpunan itu bagi menunjukkan bahawa orang ramai tidak menyokong perhimpunan haram itu.

Beliau turut turut menyokong ketegasan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, yang akan mengambil tindakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap individu yang terbabit dalam penganjuran perhimpunan haram itu. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan