Perjuangan P.Ramlee Dalam Kerjaya Seni Wajar Dihayati Generasi Muda - Joseph

Diterbitkan: Isnin, 27 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KLANG: Perjuangan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dalam kerjaya seni negara wajar diteladani dan dijadikan inspirasi oleh golongan generasi muda, kata Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang.

Beliau berkata ini kerana keupayaan seniman agung itu banyak menyumbang bukan sahaja kepada industri muzik dan filem tanah air, malah pembentukan sosial budaya masyarakat.

"Hasil perjuangan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dalam kerjaya seni tiada tolok bandingannya sama ada yang tersurat ataupun tersirat. Justeru hasil kerjaya P.Ramlee wajar diingati berterusan untuk didedahkan kehebatannya kepada generasi muda masa kini," katanya semasa menutup Karnival P.Ramlee 1Malaysia di sini, malam Ahad.

Joseph berkata karnival itu adalah bukti bahawa P.Ramlee yang merupakan lagenda negara sentiasa hidup di hati generasi muda walaupun setelah 38 tahun pemergiannya.

Karnival selama tiga hari yang berakhir semalam dianjurkan Persatuan Penyanyi, Pemuzik dan Penulis Lagu Tanahair (Papita) dengan sokongan kementerian dengan melibatkan 100 orang termasuk artis Papita, Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (Profima) dan Persatuan Kebajikan Artis Veteran Malaysia.

Ia merupakan aktiviti jelajah mesra rakyat yang julung kali dianjurkan di negara ini dan sebahagian daripada aktiviti sambutan Hari Seniman kebangsaan tahun ini yang bertujuan meraikan dan merapatkan hubungan antara seniman dengan masyarakat. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan