Penjawat Awam Diminta Tidak Terlibat Dengan BERSIH

Diterbitkan: Isnin, 27 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KULIM: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta penjawat awam supaya tidak terlibat dengan kegiatan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai ini.

Presidennya Datuk Omar Osman berkata semua 1.2 juta penjawat awam di negara ini terikat dengan Aku Janji yang ditandatangani ketika mereka mula berkhidmat yang melarang mereka terlibat dalam aktiviti seperti itu.

“Jika mereka terlibat dan tertangkap atau sebagainya, Cuepacs tidak akan membela mereka dan perkara itu merupakan risiko tanggungjawab mereka sendiri dan kita nasihatkan supaya mereka mematuhi Aku Janji yang dalam pengetahuan mereka," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Penjawat Awam Daerah Kulim di sini Ahad.

Dalam perkembangan lain, Omar berkata isu pertukaran Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) tidak sepatutnya dipolitikkan.

Beliau berkata lima kesatuan sekerja yang terlibat dengan jabatan berkenaan telah menemui beliau semalam sambil menyatakan hasrat mereka untuk bertemu dengan Ketua Setiausaha Negara, dan Menteri Kerja Raya.

“Saya beri jaminan bahawa Cuepacs sebagai payung kepada penjawat awam akan menggunakan budi bicara kita untuk menyelesaikan isu tersebut dan tidak dijadikan isu politik,” katanya.

Beliau berkata beliau akan bertemu dengan Datuk Seri Judin Abdul Karim dalam waktu terdekat untuk berbincang bagi mendapatkan pandangannya.

Isu tersebut timbul apabila Judin dikatakan enggan keluar daripada pejabat Ketua Pengarah JKR setelah menolak tawaran sebagai Ketua Eksekutif Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB). - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan