M'sia-S'pura Bentuk Syarikat Usahasama Majukan Tanah Di Singapura

Diterbitkan: Isnin, 27 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Malaysia dan Singapura akan membentuk sebuah syarikat kerjasama yang dinamakan M+S Pte Ltd penghujung bulan ini untuk sama-sama memajukan enam bidang tanah di Singapura yang ditukarkan dengan tanah milik Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) di republik tersebut.

Syarikat usahasama itu yang kepentingannya dipegang 60 peratus oleh Khazanah Nasional Bhd dan 40 peratus lagi oleh Temasek Holdings Ltd, akan memajukan empat bidang tanah di Marina South dan dua bidang tanah lagi di Ophir-Rochor sebagai satu pembangunan integrasi.

Kandungan perjanjian itu terkandung di dalam kenyataan bersama oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan rakan sejawatannya dari Singapura Lee Hsien Loong selepas majlis menandatangani perjanjian itu di sini pada Isnin.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop mewakili Kerajaan Malaysia manakala Menteri Luar dan Undang-Undang Singapura, K. Shanmugam mewakili negaranya.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha dan Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman turut hadir.

Menurut kenyataan bersama itu, sebuah lagi syarikat kerjasama 50-50 antara Khazanah, Temasek dan Iskandar JV Co, akan turut diwujudkan untuk memajukan dua projek pembangunan di Iskandar Malaysia seluas 99.76 hektar.

Syarikat usahasama itu juga dijangka akan turut membangunkan lain-lain projek komersial di Iskandar seluas 232 hektar.

Kenyataan itu juga menyebut, Kerajaan Singapura akan membantu penempatan semula Stesen KTMB dari Tanjung Pagar ke Woodlands Train Checkpoint (WTCP) dan membantu menyelaraskan perkhidmatan bas dan teksi dari stesen berkenaan ke stesen MRT.

Ini termasuklah menempatkan semula pejabat Kastam, Imigresen dan Kuarantin Malaysia di Woodlands.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan