Malaysia Akan Terus Usaha Pikat Pelabur Bioteknologi AS

Diterbitkan: Isnin, 27 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

WASHINGTON: Malaysia akan terus berusaha memikat para pelabur bioteknologi Amerika Syarikat (AS) sebagai salah satu bidang yang penting bagi mencapai hasrat ekonomi berpendapatan tinggi, kata Duta Malaysia ke AS Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis.

Sehubungan itu, katanya Malaysia akan mengambil langkah menghantar wakil atau tokoh yang penting bagi menghadiri perjumpaan industri bioteknologi dunia atau antarabangsa di AS.

Wakil atau tokoh itu juga dijangka mengadakan pertemuan dengan tokoh-tokoh syarikat bioteknologi di AS, katanya kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan lawatan kerja empat hari oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Washington, mulai Ahad.

Menurutnya, para pelabur bioteknologi AS perlu diyakinkan tentang prospek pelaburan di Malaysia agar mereka memilih negara ini sebagai pengkalan untuk pelaburan dalam pelbagai industri termasuk bioteknologi.

Beliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan melihat keperluan untuk meneruskan usaha menarik pelaburan dalam bidang itu kerana ia bidang yang penting untuk membantu mencorakkan ekonomi berpendapatan tinggi.

"Perdana Menteri merasakan kita perlu terus menarik pelaburan dalam bioteknologi untuk menjana pekerjaan berpendapatan tinggi untuk anak-anak muda kita dalam bidang itu," katanya.

Kehadiran Timbalan Perdana Menteri di Washington kali ini bertujuan mengetuai misi berkaitan bioteknologi seperti menghadiri Konvensyen Antarabangsa BIO dan bertemu para tokoh bioteknologi di sini.

Ia adalah manifestasi bagaimana kerajaan melihat bidang bioteknologi sebagai sektor yang penting, terutama untuk menarik para pelabur AS menjadikan Malaysia sebagai pengkalan mereka, katanya.

Antara lain, semasa lawatan itu, Muhyiddin akan merasmikan pameran Konvensyen Antarabangsa BIO 2011 di Pusat Konvensyen Walter E. Washington selain bertemu para tokoh terkemuka bioteknologi.

Konvensyen itu menarik penyertaan banyak nama besar bidang bioteknologi yang menawarkan peluang rangkaian jalinan dan perkongsian di samping menyediakan pemahaman dan inspirasi mengenai industri tersebut.

Selain itu, dengan kehadiran Muhyiddin di konvesyen terbesar bioteknologi itu juga, Jamaluddin berkata ia turut mempromosikan dan memperkenalkan sektor bioteknologi Malaysia di kalangan pelabur AS.

Katanya Muhyiddin, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Bioteknologi dan Biodiversiti, akan turut didedahkan dengan peluang bidang bioteknologi yang boleh disertai Malaysia pada masa depan.

Jamaluddin berkata syarikat-syarikat Malaysia juga telah menunjukkan minat yang mendalam untuk bertemu dengan pelabur berpotensi dan syarikat bioteknologi Amerika Syarikat bagi menjalinkan kerjasama.

"Sekarang sudah ramai yang datang sendiri (ke sini) untuk berjumpa bakal pelabur. Dahulu, mereka akan tunggu ada persidangan seperti BIO ini untuk membuat perjumpaan," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan