Kongsi Idea Penyelidik Dalam & Luar Negara Di Myren Cloud - Khaled

Diterbitkan: Isnin, 27 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SERDANG: Institusi pengajian tinggi (IPT), institusi penyelidikan serta pihak industri yang terlibat dengan pembangunan dan penyelidikan (R&D) diminta menggunakan jaringan perkhidmatan ICT terbaru, Myren Cloud, untuk berkomunikasi dan menjalin kerjasama di alam maya bersama rakan penyelidik dalam dan luar negara.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata melalui perkhidmatan itu mereka boleh bertukar-tukar pandangan dan pengetahuan mengenai bidang penyelidikan masing-masing, sekaligus memberi manfaat kepada negara-negara terlibat.

"Ini merupakan satu lagi kepesatan pertumbuhan infrastruktur kita yang kita hasilkan bagi meningkatkan kemampuan penyelidikan. Ini antara usaha-usaha yang sedang kita lakukan untuk memantapkan lagi R&D dalam negara selari dengan hasrat untuk membawa negara ini kepada ekonomi berasaskan inovasi," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Myren Cloud di sini Isnin.

Beliau berkata R&D berkualiti yang dihasilkan para penyelidik hasil daripada perkongsian maklumat dari dalam dan luar negara, akan membawa impak besar kepada rakyat dan negara.

Myren adalah Rangkaian Penyelidikan dan Pengajaran Kebangsaan yang menyediakan jalur lebar khusus berkapasiti tinggi untuk universiti, politeknik, kolej komuniti, institut penyelidikan dan makmal saintifik menjalankan penyelidikan dan pendidikan. Rangkaian itu terhubung terus dengan komuniti penyelidik dan pendidik yang berada di Asia Pasifik, Australasia, Eropah dan Amerika Utara melalui Trans Eurasian Information Network 3 (TEIN 3).

Rangkaian MYREN serta projek MYRENCLOUD adalah projek negara dan Kementerian Pengajian Tinggi merupakan peneraju bagi menggerakkan perluasan penggunaan perkhidmatan tersebut di kalangan komuniti pendidik (termasuk fasilitator latihan) dan penyelidik dari pelbagai agensi dari semua kementerian.

Mohamed Khaled berkata kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM20 juta sebagai dana permulaan untuk Myren Cloud.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Perancangan Kecemerlangan IPT, Profesor Ir Dr Mohd Jailani Mohd Nor berkata kira-kira 30,000 penyelidik daripada IPT, institusi penyelidikan serta pihak industri di negara ini akan mendapat manfaat daripada penggunaan Myren Cloud.

Sehubungan itu, beliau meminta semua penyelidik mendaftar untuk menggunakan perkhidmatan itu dengan yuran RM25,000 setahun dikenakan untuk setiap institusi.

"Perkomputeran cloud ini adalah pendekatan terkini di mana perkhidmatan ICT diperolehi secara dalam talian atau atas permintaan pada bila-bila masa, di mana juga dan menggunakan apa juga peranti," katanya.

Menurutnya sebagai permulaan, beberapa perkhidmatan menerusi aplikasi telah disediakan iaitu “On Demand Infrastructure for Research and Education Collaborative Technologies" (OnDIRECT) untuk kolaborasi video dan imej, pelayan maya untuk menghoskan pembangunan ICT dan simulasi, storan maya, dan makmal pengkomputeran maya (VCL)", kata beliau. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan