Himpunan Patriot Bagi Menentang Perhimpunan Haram 9 Julai Dilancarkan

Diterbitkan: Isnin, 27 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Himpunan Patriot anjuran Pemuda Umno dan Kelab Putra 1Malaysia dilancarkan pada Ahad bagi mewakili suara orang ramai dalam menentang perhimpunan haram yang akan dianjurkan kumpulan pengacau pada 9 Julai ini.

Pengerusi bersama himpunan itu, Datuk Abdul Azeez Rahim berkata pihak mereka akan bertindak sebagai badan bagi mewakili suara 'majoriti senyap' yang menurutnya pada perhimpunan haram yang sama pada tahun 2007, tiada medium untuk mereka menyampaikan tentangan.

"Oleh itu kami berasa terpanggil untuk bagi tahu pada (penganjur) perhimpunan haram ini supaya hentikan niat mereka kalau mereka tidak mahu berdepan dengan apa jua yang akan dilakukan generasi muda yang dikatakan tadi 'majority senyap of rakyat Malaysia'," katanya dalam sidang media di sini Ahad.

Justeru, beliau meminta agar penganjur perhimpunan haram itu supaya memilih cara yang lebih profesional bagi menyampaikan apa yang dihajat dalam memorandum mereka.

"Kami minta kalau betul mereka nak sampaikan memorandum itu, tak payah bawa sehingga 10,000 orang, saya minta mereka hantar empat ke lima orang pergi ke pejabat Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof (Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Istana serahkan memorandum itu, kerana pihak istana dan SPR sedia menerima," katanya.

Sementara itu, ketua penyelaras himpunan Patriot, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, penganjur perhimpunan haram itu sebenarnya mempunyai niat jahat di sebalik perkara-perkara yang dibawa mereka di dalam memorandum.

Beliau menyoal mengenai kenyataan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali di dalam laman web 'Youtube' yang secara jelas menyebut mengenai niat untuk menumbangkan kerajaan.

Reezal yang juga Ketua Penerangan Pemuda Umno turut mempersoalkan mengenai penganjuran perhimpunan haram itu dengan cara perarakan di ibu negara.

"Kalau mereka nak mengadakan perhimpunan, Stadium Merdeka ada, Stadium Negara pun ada, mereka boleh buat,"katanya.

Dalam pada itu, Reezal turut menyelar kenyataan presiden Badan Peguam Malaysia Lim Chee Wee yang menyamakan perhimpunan haram itu dengan perhimpunan menentang Malayan Union satu ketika dulu.

"Ketika dulu (perhimpunan menentang Malayan Union) nak bawa kemerdekaan, itu adalah satu usaha yang mulia, tetapi yang ini (perhimpunan haram 9 Julai) nak menumbang kerajaan secara haram, ini adalah satu kenyataan yang tak boleh diterima,"katanya.

Bagaimanapun, beliau menyokong cadangan penggunaan sistem biometrik dalam pilihan raya yang merupakan satu daripada perkara terkandung di dalam memorandum penganjur perhimpunan haram itu.

"Pemuda Umno nak jadi orang yang pertama untuk memperjuangkan biometrik sebagai sistem kepada pilihan raya umum yang akan datang," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan