Ambiga Bertegas Untuk Teruskan Perhimpunan Bersih 2.0

Diterbitkan: Isnin, 27 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengerusi Kempen Bersih, Datuk S. Ambiga yang dipanggil polis untuk mendapatkan kenyataannya pada Isnin berkata, pihaknya akan meneruskan demo Bersih 2.0 yang dirancang pada 9 Julai ini walaupun diarahkan oleh polis serta pelbagai pihak agar membatalkannya.

Kata Ambiga, memandangkan Menteri Dalam Negeri telah mengatakan bahawa tidak ada permit yang akan dikeluarkan untuk perhimpunan tersebut, maka pihaknya tidak nampak keperluan untuk memohon permit kebenaran.

Bekas presiden Majlis Peguam itu yang kini disiasat di bawah Seksyen 27 (5) Akta Polis dan juga Seksyen 4 (1) Akta Hasutan, turut menegaskan, sesiapa sahaja boleh menyokong kempen Bersih mengikut kehendak masing-masing.

Ini kerana, perhimpunan tersebut dibiayai oleh dana yang disumbangkan oleh orang ramai dan juga hasil daripada jualan kemeja-t oleh ahli-ahli pertubuhan NGO.

Ambiga juga memaklumkan bahawa beliau akan mengadakan satu sidang akhbar khas nanti untuk menjelaskan dari mana mereka memperolehi dana untuk mengadakan perhimpunan besar-besaran itu.

Selain Ambiga, lain-lain pemimpin NGO yang kini disiasat oleh pihak berkuasa di bawah akta yang sama ialah Sasterawan Negara, A. Samad Said, peguam N. Surenderan dan Fadiah Nadwa Fikri.

Ambiga yang tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi sejurus selepas pemimpin Perkasa, Datuk Ibrahim Ali keluar meninggalkan balai berkenaan turut membidas pihak berkuasa kerana menahan beberapa orang pemimpin NGO yang inginkan sebuah pilihan raya yang bersih dan telus.

“Penahanan beberapa pemimpin PSM (semalam) adalah tidak masuk akal dan saya tidak faham apakah asas penahanan mereka semua.

“Tidak ada siapa lagi yang ingin bercakap tentang komunisme pada hari ini dan zaman ini,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Ambiga turut menegaskan bahawa beliau tidak berasa terkejut dengan jumlah laporan polis yang dibuat ke atas perhimpunan Bersih walaupun ia adalah sebuah perhimpunan dan perarakan aman.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan