198 Laman Web Digodam, 90 Peratus Penggodam Dalam Negara

Diterbitkan: Isnin, 27 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebanyak 198 laman web di dalam negara digodam oleh pelbagai pihak baru-baru ini di mana 90 peratus berpunca dari dalam negara, persidangan Dewan Rakyat diberitahu pada Isnin.

Menteri Penerangan Komunikasi dan kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata walaupun sebahagian daripada mereka dapat merosakkan beberapa laman web tetapi isiannya tidak dapat mereka atasi.

Kepada soalan Datuk Md Sirat Abu (BN-Bukit Katil) semasa sesi soal jawab, Rais berkata mereka yang mempunyai niat jahat itu tidak akan dibiarkan begitu sahaja.

"Seseorang itu tidak sepatutnya menyalahgunakan ilmu teknologi maklumat yang diperolehnya untuk aktiviti menggodam," katanya.

Rais juga berkata kerajaan sedang dalam usaha penambaikan akses internet terutamanya di kawasan perkampungan agar setanding dengan negara-negara maju di Asia seperti Korea, Jepun dan Taiwan.

Beliau berkata projek terbaru yang sedang dilaksanakan ialah mewujudkan jaringan jalur lebar atau akses internet kepada 1,000 kampung dan kawasan perladangan. "Daripada jumlah itu, hampir 400 kampung sudah diperuntukkan dengan kemudahan tersebut dan dibekalkan dengan kelajuan yang sedia ada," katanya.

Rais berkata projek besar itu dijangka meliputi kesemua kampung yang disasarkan menjelang hujung tahun ini.

"Kita juga sedang dalam usaha meningkatkan kapasiti dan kualiti rangkaian teras iaitu rangkaian tulang belakang dan mewujudkan lebih banyak pusat pertukaran trafik internet di seluruh negara," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan