Puteri Umno Sabah Sokong Guna Biometrik Pada PRU

Diterbitkan: Ahad, 26 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BELUD: Pergerakan Puteri UMNO Sabah menyokong penuh cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk melaksanakan penggunaan sistem biometrik bagi proses pendaftaran pada hari pengundian.

Ketuanya, Musliati Moslimin berkata langkah tersebut diyakini dapat meningkatkan lagi kredibiliti perjalanan pilihan raya negara yang sebelum ini banyak dikritik oleh pemimpin parti-parti pembangkang khususnya di kawasan-kawasan yang gagal dimenangi oleh calon mereka.

Menurut beliau, pendekatan baru itu diharap dapat dilaksanakan secepat mungkin bagi meningkatkan lagi kelancaran pada hari pengundian sekali gus memantapkan lagi perjalanan proses demokrasi di negara ini.

"Puteri Sabah amat mengalu-alukan langkah SPR untuk turut melaksanakan sistem biometrik semasa hari pengundian sama seperti yang dilaksanakan bagi merekod identiti warga asing di negara ini.

"Apa yang penting dalam pelaksanaan itu ialah SPR dapat menutup mulut pemimpin pembangkang yang sering mempertikaikan proses perjalanan pilihan raya itu sendiri, meskipun telah terbukti calon mereka juga banyak yang menang sehingga mampu memerintah di empat negeri sekarang ini," katanya kepada pemberita selepas lawatan kerja Bilik Gerakan puteri di sini semalam.

SPR baru-baru ini mengumumkan rancangannya untuk melaksanakan sistem biometrik dalam merakam identiti pengundi pada pilihan raya akan datang. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan