Pelajar Malaysia Di Indonesia Perlu Bantu Perkukuh Hubungan Dua Negara

Diterbitkan: Ahad, 26 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Para pelajar Malaysia di Indonesia perlu membantu mengukuhkan hubungan kedua-dua negara yang selama ini terjalin erat, titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, Ahad. Titah baginda walaupun mereka tergolong sebagai pelajar namun mereka juga adalah ejen negara yang menjadi jambatan perhubungan diplomatik antara kedua-dua negara.

Bertitah pada majlis menerima menghadap para pelajar Perlis yang menuntut di Indonesia pada majlis yang berlangsung di Bandung pada Ahad, baginda mahu para pelajar memainkan peranan sebagai duta kecil negara dan sentiasa mempamerkan watak serta sahsiah diri yang baik, matang, mudah mesra dan boleh menyesuaikan diri dengan adat resam dan budaya negara Indonesia.

Menurut siaran media yang dikeluarkan hari ini, Tuanku Syed Faizuddin yang kini dalam rangka lawatan rasmi empat hari ke Bandung, Indonesia sejak Jumaat, bertitah mereka perlu melihat positif hubungan kedua-dua negara dan tidak melakukan tindakan yang boleh memusnahkan hubungan silaturrahim yang sedia ada.

Baginda juga mahu dalam apa pun situasi atau konflik yang timbul, para pelajar perlu tenang serta sabar dan tidak sesekali memberi respons atau membalas dendam di samping sepanjang masa memiliki sahsiah diri yang baik.

Raja Muda Perlis turut menyarankan para pelajar menggunakan peluang yang ada dalam apa juga majlis yang dihadiri untuk 'menjual' nama baik Malaysia kerana mereka merupakan ejen kerajaan yang menjadi jambatan perhubungan diplomatik antara kedua-dua pihak.

Baginda menasihati para pelajar supaya meningkatkan kualiti dengan ilmu kepimpinan dan nilai tambah yang lain supaya mereka juga dilihat setanding dengan lepasan universiti dari negara barat dan bukan pulang sekadar membawa segulung ijazah semata-mata.

Baginda berharap mereka akan berjaya merealisasikan impian ibu bapa masing-masing dengan membawa gelaran graduan yang hebat dalam erti kata bukan sekadar hebat daripada aspek pencapaian akademik tetapi juga hebat dengan nilai-nilai karismatiknya.

"Para pelajar juga perlu proaktif dan dinamik agar dapat menjamin kejayaan dalam cabaran dunia global selaras dengan aspirasi negara untuk melahirkan modal insan yang diakui di persada antarabangsa," titah baginda.

Pada majlis yang berlangsung di hotel Novotel Bandung itu, baginda turut menyampaikan sumbangan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) kepada 14 pelajar Perlis yang menuntut di Jakarta, Jogjakarta dan Bandung.

Pada masa ini, kira-kira 6,500 penuntut Malaysia sedang mengikuti pengajian mereka di institusi-institusi pengajian tinggi seluruh Indonesia.

Turut berangkat ke majlis itu ialah Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil manakala yang hadir sama ialah Setiausaha kerajaan Perlis Datuk Azizan Hamid dan Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia di Jakarta Datuk Paduka Dr Junaidi Abu Bakar.

Azizan turut mengendalikan majlis soal jawab bersama para pelajar selama tiga jam selepas majlis menghadap itu. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan