Sektor Swasta Boleh Kemuka Cadangan Tingatkan Kecekapan Penjanaan Tenaga

Diterbitkan: Sabtu, 25 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Kerajaan bersedia mendengar cadangan daripada sektor swasta mengenai kaedah dalam meningkatkan kecekapan penjanaan dan penggunaan tenaga, dan menangani bebanan yang ditanggung oleh golongan perniagaan dan orang ramai, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata rundingan antara kerajaan dan sektor swasta di peringkat kebangsaan sentiasa diambil kira sebelum sebarang perubahan dibuat terhadap tarif dan subsidi infrastruktur dan kemudahan awam.

"Saya menyedari kebimbangan sektor swasta terhadap impak ke atas kos pengeluaran serta kos hidup akibat kenaikan tarif elektrik dan gas," katanya pada perasmian mesyuarat agung tahunan ke-65 Gabungan Dewan Perniagaan dan Industri China Malaysia (ACCCIM), di sini, Sabtu.

Muhyiddin juga berkata halangan utama dalam merealisasikan pencapaian transformasi ekonomi negara mungkin disebabkan sikap puas hati terhadap pentingnya pembangunan modal insan dalam masyarakat.

Oleh itu beliau berkata Malaysia mesti memulakan program menyeluruh untuk melatih generasi muda supaya mempunyai sikap ingin tahu dan dinamik dalam bidang ekonomi. "Golongan muda wajar lebih fokus dan bekerja keras untuk mencapai kualiti hidup yang lebih baik untuk manfaat mereka sendiri serta kesejahteraan masyarakat secara menyeluruh," katanya.

Muhyiddin berkata hasrat itu hanya boleh direaliasasikan menerusi penguasaan ilmu, yang boleh digunakan untuk meningkatkan produk dan perkhidmatan, melakukan inovasi dan meningkatkan rangkaian nilai.

"Kita memerlukan sekumpulan besar bakat untuk merangsang momentum dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam pelbagai sektor ekonomi dan untuk itu, saya menggesa sektor swasta supaya meningkatkan pelaburan dalam bidang R&D ini," katanya.

Mengenai ACCCIM, Timbalan Perdana Menteri berkata dewan perniagaan itu aktif sejak beberapa dekad lepas dalam memperjuang nasib anggotanya dan komuniti perniagaan yang diwakilinya, selain menggalakkan pertumbuhan ekonomi negara dengan bekerjasama rapat dengan kerajaan persekutuan.

Muhyiddin memuji ACCCIM atas penubuhan pusat penyelidikan sosioekonominya sendiri untuk menjalankan penyelidikan dan maklumat terkini mengenai isu-isu ekonomi. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Isnin, 14 Ogos 2017 12:30 PM

“Mira Filzah Lemah Lembut” - Zizan Razak

Kolumnis

iklan

Iklan