Raja Nazrin Mahu Rakyat Budayakan Sikap Hargai Alam Sekitar

Diterbitkan: Sabtu, 25 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA KANGSAR: Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah mahu rakyat membudayakan sikap menghargai alam sekitar dan meningkatkan kesedaran terhadap pemuliharaan alam sekitar.

Baginda bertitah pencemaran alam sekitar menjadi antara penyebab kepada pemanasan global dan sekiranya ia gagal dikawal, akan menjadi ancaman baru terhadap keselamatan dunia.

"Sikap untuk tidak mencemar alam sekitar dan sikap untuk menghargai alam sekitar wajib dibudayakan melalui amalan hidup harian (termasuk) anak-anak," titah baginda pada majlis penyampaian hadiah Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) 2011 di sini, Sabtu.

Raja Dr Nazrin turut meminta MCKK menjalin kerjasama dengan pihak-pihak berkuasa berkaitan bagi memperkenalkan program kitaran semula secara serius di kalangan warganya.

Usaha menerokai program meminimumkan buangan sisa dan meminimumkan penggunaan bahan-bahan yang boleh mencemarkan alam perlu dijalankan, titah baginda. Mengenai program International Baccalaureate (IB) yang dimulakan di MCKK bulan ini, baginda bertitah ia boleh ditakrifkan sebagai satu gerbang untuk membolehkan MCKK menerokai potensi melebarkan jaringan hubungan di peringkat antarabangsa.

"Peranan MCKK wajar dilonjakkan untuk dijadikan tapak semaian tunas muda Melayu merentasi batas sempadan negara".

Baginda bertitah pendidikan berperanan kritikal dalam usaha mempersiapkan generasi masa hadapan dan dalam hasrat memenuhi sasaran pencapaian gred dan pemarkahan akademik, aspek-aspek kemanusiaan, kenegaraan, amanah serta menghargai alam sekitar.

Raja Dr Nazrin juga bertitah bahawa sifat kemanusiaan dan patriotik terhadap negara adalah satu keperluan demi menjamin mereka berada di landasan yang betul apabila mewarisi tanggungjawab penting di dalam negara suatu hari nanti.

"Sifat amanah wajib disemai supaya apabila mereka memiliki kuasa, kuasa tidak akan disalahgunakan hingga boleh mengakibatkan kesengsaraan kepada kehidupan insan dan kemusnahan kepada negara bangsa," titah baginda. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan