Pemuda BN Perlu Bergerak Sebagai Satu Parti

Diterbitkan: Sabtu, 25 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemuda Barisan Nasional (BN) perlu bekerjasama dan bergerak sebagai satu parti yang mewakili semua kaum di negara ini.

Pengerusi Pemuda BN, Khairy Jamaluddin berkata sudah tiba masanya parti komponen dalam BN bergerak sebagai satu perikatan yang kuat dan bukan hanya bersatu ketika musim pilihan raya semata-mata.

“Ada golongan muda, yang mahu jadi ahli BN tanpa perlu masuk mana-mana parti komponen. Jadi kita harap keahliaan terus yang telah diluluskan pada Konvensyen BN pada tahun lalu akan segera dilaksanakan.

“Walaupun, BN ada 13 parti komponen kita perlu bergerak sebagai satu entiti,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Pergerakan Pemuda Parti Progresif Penduduk (PPP) 2011 di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) di sini, Jumaat.

Khairy yang juga Ketua Pemuda Umno berkata, Pemuda BN perlu bergerak sebagai satu pasukan dengan semangat keterangkuman bagi memastikan kemenangan BN pada setiap pilihan raya.

“Dengan semangat inklusif, saya ingatkan kepada semua, apabila kita bertanding dalam pilihan raya kita tidak bertanding di bawah Umno, MCA, MIC atau PPP. Kita bertanding di bawah lambang BN. Sebab itu tidak perlu tunggu pilihan raya, kita perlu bergerak,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pemuda PPP, Harridz Mohan Abdullah dalam ucapan dasarnya meminta supaya sayap Pemuda diberikan peruntukkan kerusi Kabinet bagi memberikan lebih banyak peluang kepada generasi muda.

“Pemuda PPP akan diberikan satu kerusi dalam Kabinet supaya lebih banyak suara muda boleh didengar oleh kerajaan,” katanya.

Beliau turut mencadangkan supaya kerajaan menjadikan bahasa Mandarin dan Tamil sebagai mata pelajaran wajib di semua sekolah di negara ini.

"Kami percaya penguasaan bahasa dapat membantu kita menambah peluang perniagaan banyak negara.

"Pemuda PPP menyeru supaya bahasa Tamil dan bahasa Mandarin dijadikan mata pelajaran wajib di setiap sekolah 1Malaysia," katanya.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan